Pages

Saturday 24 May 2014

Lilinkah Aku - Skrin Di 9 (2014)


Lilinkah Aku mengisahkan seorang bekas guru, Cikgu Ahmad (Dato' Rahim Razali), yang pernah menerima anugerah guru cemerlang berasa amat kecewa dengan sikap bekas anak muridnya yang juga merupakan anak angkatnya Rohaya (Haliza Misbun). Rohaya yang telah berjaya dalam kerjayanya atas sokongan dan bantuan Cikgu Ahmad, mengambil tindakan undang-undang terhadap Izzah (Julia Ziegler), seorang guru dan juga kawan baiknya kerana telah menampar anaknya, Firdaus (Fimie Don) atas kelakuan biadapnya.

Rohaya tidak mengetahui bahawa anak kesayangannya itu melakukan pelbagai perkara jahat di belakangnya dan menyangka bahawa Izzah hanya cemburu dengan kejayaan dan berdendam dengannya. Cikgu Ahmad sedaya upaya meminta Rohaya menarik balik saman itu tetapi Rohaya tetap dengan pendirianya sehingga melukakan hati Cikgu Ahmad.



Credit to Kepala Bergetar