Mengisahkan watak Tasya dan Amy yang berkawan baik sejak dari sekolah
memilih untuk bergaul dengan mat-mat rempit setelah tamat persekolahan.
Mereka berdua bergaul rapat dengan geng rempit yang diketuai oleh Keting
yang menggelar dirinya sebagai Raja Rempit KL.
Mus pula yang sepatutnya bekerja di syarikat bapanya seronok dengan
kehidupannya sendiri iaitu berlumba motor haram. Namun begitu nasib Mus
kurang baik apabila Acai, anak didik Keting telah berjaya mengalahkannya
dalam satu perlumbaan. Sementara itu, Dani seorang bekas mat rempit
yang telah bertaubat setelah dibebaskan dari penjara sejak 3 tahun lalu
dan kini bekerja sebagai penghantar surat.
Kisahnya berkembang dengan watak Suria, ibu Tasya sering meleteri anak
gadisnya itu kerana kerap melepak di luar hingga lewat malam. Tapi Tasya
tetap berdegil. Amy pula resah memikirkan kelakuan bapanya, Razali
seorang kaki judi yang menjadikannya sebagai sumber untuk mendapatkan
wang. Dalam pada itu, bapa Mus kecewa dengan tindakan Mus yang enggan
pergi ke pejabat gara-gara leka dengan aktiviti motornya. Dani bertindak
melarikan diri apabila dia terserempak dengan Keting. Keting pula nekad
untuk memburu Dani.
Sementara itu, Dani kesal kerana Mus dan rakan-rakan lain enggan
menerima nasihatnya agar berhenti berlumba haram. Secara tidak sengaja
Dani telah terserempak dengan Acai dan dia telah diugut supaya segera
menemui Keting. Dani gelisah memikirkan hutangnya dengan Keting
berjumlah RM5 ribu untuk satu perlumbaan 3 tahun lalu sebelum dia
dipenjarakan. Acai bergaduh dengan Mus gara-gara dia tidak puas hati
dengan kekalahannya dalam satu perlumbaan dengan Mus. Keting yang
terkejut dengan kekalahan Acai telah menasihati Acai supaya berhati-hati
kerana polis sedang memburunya. Ekoran kejadian yang sama Mus turut
diburu polis. Bukti perlumbaan haram mereka itu telah dirakam oleh CCTV.
Kedua ibu bapa Mus lega apabila Mus akhirnya menyerah diri di balai
polis trafik dan hanya dikenakan denda. Tasya sudak tidak tahan dengan
leteran ibunya lalu dia bertindak melarikan diri dari rumah dan
menumpang di rumah Amy.
Mus tiba-tiba menyampaikan hasrat untuk berhenti kerja di syarikat
bapanya kerana ingin berdikari di luar. Keputusan Mus dibantah oleh
bapanya malah dia diberi tempoh 30 hari untuk berfikir semula. Amy marah
dengan cadangan Ah Long agar dirinya dipinjamkan kepada mereka selama
seminggu untuk selesaikan hutang Razali. Dalam pada itu, Keting yang
sudah lama ‘cuci tangan’ menyahut cabaran musuh lamanya Lan Botak untuk
berlumba dengannya.
Mus bersimpati dengan masalah keluarga yang dihadapi oleh Amy dan dia
sering bantu dari segi kewangan. Razali tiada pilihan lain, dia memujuk
Amy untuk dipinjamkan kepada Ah Long selama seminggu demi menyelesaikan
hutangnya. Akibatnya Amy nekad mengajak Tasya lari dari rumah dan
menyewa bilik di luar. Keting yang bangga dengan gelaran raja rempit KL
berang apabila Lan Botak berjaya menewaskannya dalam satu perlumbaan.
Acai naik berang lalu dia menumbuk Dani kerana benci dengan tindakan
Dani memujuk Tasya agar membaca buku-buku agama. Tasya marah apabila dia
diberitahu tentang Amy dan Acai yang keluar makan bersama. Tanpa Amy
sedari Acai sebenarnya menyukai Amy. Amy terkejut dan menolak secara
baik demi persahabatannya dengan Tasya. Selain Tasya, Mus turut rasa
cemburu dan tuduh Amy perempuan murahan. Mus bertindak menumbuk Acai dan
beri amaran. Keadaan menjadi cemas apabila Amy terima panggilan ugutan
dari Ah Long. Razali telah disiksa dan dikurung oleh Ah Long.
Amy gelisah dan kusut memikirkan cara untuk melepaskan bapanya dari
terus dikurung oleh Ah Long. Keadaan menjadi cemas apabila Amy
diperangkap oleh bapanya yang dipaksa untuk menggadaikan Amy kepada Ah
Long. Mus terkejut apabila Amy meminta bantuan supaya menyelamatkannya
dari buruan Ah Long. Amy mulai rimas apabila dia terpaksa bersembunya
dalam bilik sewanya gara-gara diburu Ah Long. Mus resah memikirkan cara
untuk bantu Amy selesaikan masalah dengan Ah Long tanpa melibatkan
polis.
Amy akhirnya diculik oleh Ah Long ketika dia dalam keadaan terkejut
melihat bapanya maut akibat dilanggar kereta. Tanpa berfikir panjang Mus
terus buat laporan polis mengenai penculikan Amy. Tasya benar-benar
terkejut mendengar berita penculikan Amy dari Mus dan dia turut sama
berusaha untuk selamatkan Amy. Kemarahan Keting terhadap Dani semakin
membara gara-gara beberapa gengnya sudah berubah kembali ke pangkal
jalan.
Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Mampukah mereka kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan seperti biasa? Saksikan kesudahan drama terbitan Skop Production dan arahan Syamsul Yusof ini yang dibintangi oleh Sheera Iskandar, Qazem Nor, Lufya Sheikh Omar, Aznah Hamid dan Dato’ Aziz Singah.
Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Credit to Layan Tube
No comments:
Post a Comment