Pages

Showing posts with label Cerekarama. Show all posts
Showing posts with label Cerekarama. Show all posts

Sunday 26 October 2014

Mr. Istikharah - Cerekarama (2014)


Mengisahkan mengenai Ustaz Kamal Shah yang menjadi idaman kepada gadis yang merupakan rakan karib, Mastura dan Aisyah. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka berdua untuk menarik perhatian ustaz itu. Saksikan telemovie khas sempena sambutan Maal Hijrah yang menampilkan pelakon seperti Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Amyra Rosli, Ashraf Muslim dan Fikhree Bakar. 

Credit to infotaip, Mahutolis Magazine

Sunday 12 October 2014

Haji Tak Mabrur - Cerekarama (2014)


Bustaman adalah seorang yang kaya dan dikenali degan kemurahan hati beliau. Dia dan rakan-rakannya Husaini dan Farid memutuskan untuk pergi menunaikan haji tetapi mendapati bahawa giliran mereka hanya akan berlaku pada tahun 2020, Bustaman mencari sebuah agensi swasta untuk menunaikan haji dalam masa terdekat.

Lakonan Ebby Yus, Hanif, Hairi Safwan, Fendi Seman, Fiq Mahmood, Nazri Harun, Nazeri Mat Isa, Mak Jah, Nur Risteena, Ayda Jebat.

Credit to Layan Tv
  

Sunday 5 October 2014

Acu - Cerekarama (2014)


Mengisahkan tentang Acu (adik Puteri Balqis) yang berusia 7 tahun, anak bongsu kepada Dahlan (Arash Mohammad) dan Hawa (Elly Suriaty) mula bersikap manja terhadap bapanya selepas Dahlan dan Hawa menerima berita baik untuk mengerjakan haji. Acu akan merengek jika Dahlan tidak memberi perhatian kepadanya. Hawa menjadi rimas dan hairan dengan perubahan sikap anaknya. Namun, selepas Dahlan dan Hawa berangkat ke Mekah, Acu kembali menjadi normal. Rupa-rupanya, ada sebab atas perubahan sikap Acu. Adakah Acu akan berterusan menangis? Saksikan kisah Acu. 

Pelakon: Adik Puteri Balqis, Arash Mohammad, Elly Suriaty, Fimie Don, Mimi Ernida.

Credit to Blog Hiburan Semasa 
 

Sunday 14 September 2014

Syah Syahdu - Cerekarama (2014)


Kisah menarik tentang Syah, seorang penjual aiskrim di kampungnya. Beliau suka menyanyi lagu-lagu tengkap leleh tahun 80an. Maka dengan itu rakan beliau menggelarkan dengan nama Syah Syahdu. Pada mulanya Syah menaruh hati kepada 3 orang gadis di kampungnya, namun cintanya tidak berbalas sehinggalah pada satu hari kehidupan Syah mula berubah menjadi orang kaya selepas Syah terjumpa wang emas peninggalan penjajah tentera Jepun. Ketiaga-tiga gadis yang sebelum ini menolak cinta Syah, kini kembali menerimanaya. Siapakah pilihan hati Syah?

Lakonan Ammar BMB, Norlia Ghani, Nur Risteena, Shamsul Ghau Shau, Hanna Aqeela, Amyra Rosli

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Sunday 7 September 2014

P.I - Cerekarama (2014)



Kematian Datuk Ruzaini dan Datin Mariam telah membongkarkan muslihat adik Datuk Ruzaini iaitu Razman yang mahu menjadi pewaris harta. Mampukah Sam, penyiasat persendirian menyelesaikannya? Sam seorang penyiasat persendirian yang bijak. Sam sangat cekap dalam menyelesaikan kes yang diberikan kepadanya dan sering membantu pihak polis. Dia juga rapat dengan Inspektor Azlan kerana sering menyelesaikan masalah jenayah bersama-sama. 

Lakonan Beto Kusyairy, Anas Ridzuan, Josiah Hogan, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Sunday 24 August 2014

Nenek Ranggi - Cerekarama (2014)


Keseronokan Azita untuk menerima menantu terbantut apabila dia termakan hasutan pembantu butiknya, Yam Becok bahawa dia akan menjadi nenek pada usianya 41 tahun. Saksikan kesudahan kisah mereka. Lakonan Maria Farida, Lufya Luvya, Shukri Yahaya, Dilla Ahmad, Farisha Irwayu dan Maya Matahari.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Sunday 17 August 2014

Berikan Aku Jilbab - Cerekama (2014)


Insyirah menerima tawaran sebagai cikgu tadika di Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan ke sana, Insyirah dirogol seorang lelaki yang tidak dikenali. Lebih malang lagi, Insyirah ditipu oleh Tunku Asmadi yang mengambil kesempatan ke atasnya. Tunku Asmadi menidurinya dan memberikan wang pampasan sebanyak RM 1,000 . Selepas kejadian itu, Insyirah mengenakan jilbab untuk memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang cikgu. Insyirah berkenalan dengan Corrolina, isteri kepada Tunku Asmadi. Insyirah memulakan rancangan untuk membalas dendam terhadap Tunku Asmadi dengan menyamar sebagai Kay. Lakonan Syatilla Melvin, Keith Foo, Raisha Rania (Felixia Yeap), Fizz Fairuz.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Sunday 27 July 2014

Cinta Ramadan - Cerekarama (2014)


Adam dan Aishah telah dijodohkan oleh keluarga masing-masing tetapi kedua-duanya tidak mahu menamatkan zaman bujang. Ibu Aishah telah berlakon kononnya dia jatuh sakit manakala bapa Adam pula tidak akan mewariskan harta kepada Adam jika Adam tidak mahu menerima Aishah. Sebulan kemudian, Adam dan Aishah telah berkahwin dan bermulalah pelbagai konflik dalam rumah tangga mereka. Menjelang Ramadan, mereka memohon diberi keberkatan dan diberikan petunjuk tentang rumah tangga mereka. Saksikan lakonan mantap Azlee Khairi, Amyra Rosli, Arash Mohamad, Jasmin Hamid, Hilal Azman, Zarina Zainuddin and Aisya Hasnaa.

Credit to Layan Tv
 

Monday 21 July 2014

Hak - Cerekarama (2014)


Saksikan telemovie menyayat hati bertajuk 'Hak' dalam slot Cerekarama di TV3 lakonan bersama Sara Ali, Ammar Ashraf, Rashidah Jaafar, Idris Mat Diah, Watie Elite, Erry Putra dan beberapa lagi pelakon. Drama terbitan terbitan Maxiwork, arahan Raja Ahmad Alauddin.

'Hak' mengisahkan Wanda melahirkan seorang bayi lelaki dan telah diserahkan kepada keluarga angkat melalui Jabatan Khidmat Masyarakat tetapi Wanda telah menculik anaknya dan lari ke Kuala Lumpur.


Hak - 19 Julai 2014

Credit to Kepala Bergetar, infotaip

Sunday 13 July 2014

Kembali Ramadan - Cerekarama (2014)

 Kembali Ramadan - 12 Julai 2014

Mengisahkan Amran yang tidak bersetuju dengan cara bapa mertuanya mendidik anak dengan kemewahan tetapi dia tidak mampu menentangnya. Saksikan kisah yang banyak memberi pengajaran dalam bulan ramadhan ini. Lakonan Zamarul Hisham, Fouziah Gous dan ramai lagi.

Credit to Kepala Bergetar

Sunday 6 July 2014

Cikgu Bidan - Cerekarama (2014)

Cikgu Bidan - 5 Julai 2014

Saksikan telemovie Cikgu Bidan di slot Cerekarama TV3 lakonan Amyra Rosli, Aeril Zafrel, Fauzi Nawawi dan Erry Putra. Mengisahkan Cikgu Anis disukai ramai orang. Keadaan menjadi kecoh apabila rakan sekerjanya, Cikgu Roslan yang cemburu dengannya menyebarkan khabar angin bahawa dia menguruskan perniagaan bidan. 

Credit to Kepala Bergetar

Sunday 29 June 2014

Kisah Hidup Jai - Cerekarama (2014)

Kisah Hidup Jai - 28 Jun 2014

Saksikan telemovie Kisah Hidup Jai yang dibintangi oleh Izzue Islam, Nad Zainal, Normah Damanhuri, Faralyna Idris, Zul Yahya, Talha Harith dan beberapa pelakon lain. Mengisahkan kehidupan Jai sebagai seorang penjenayah berubah apabila dia bertemu rakan lamanya Chal yang mengupah dia bekerja.

Credit to Kepala Bergetar

Monday 23 June 2014

Abang Samseng Jemur Kain - Cerekarama (2014)


Abang Samseng Jemur Kain - 21 Jun 2014

Marzuki merupakan seorang samseng dan sebagai samseng dia sangat ditakuti. Akan tetapi apabila isterinya, Elyana menelefon dia akan menjawab dengan manja. Saksikan kesudahan Abang Samseng Jemur Kain. Pelakon terdiri daripada Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Zul Yahya, Cat Farish, Jalil Hamid, Fauziah Nawi dan penampilan istimewa Imam Muda Hassan. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014

Monday 16 June 2014

Beruk Tok Ayah - Cerekarama (2014)


Saksikan telemovie khas sempena Hari Bapa bertajuk Beruk Tok Ayah yang disiarkan melalui slot Cerekarama di TV3. Drama terbitan Macheallstar United dibawah arahan Shuhaimi Lua. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah  Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Azhan Rani, Syafie Naswip, Intan Ladyana, Keena Mentor dan ramai lagi.

Mengisahkan Tok Ayah (Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai anak bernama Hisham (Zamarul Hisham) sudah berkahwin dengan Junaidah (Intan Ladyana) yang leka berjudi laga ayam. Dia cukup benci kepada Comel yang dianggapnya sebagai sial dan menjadi punca kematian ibunya serta punca Tok Ayah enggan menjual tanah pusaka.
Selain mengambil upah memetik kelapa Tok Ayah juga mengajar Dikir Barat dalam masa yang sama dimusuhi Jusoh (Azhan Rani) seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden. Jusoh juga memusuhi Hisyam yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya.
Namun Tok Ayah gembira apabila hidupnya dijaga baik oleh anak angkatnya Syukor (Syafie Naswip) dan kekasihnya Lia (Keena Mentor). Keadaan menjadi lebih teruk apabila Comel dibunuh. Siapa yang membunuhnya? 

Tonton kesudahan telefilem Beruk Tok Ayah online.

Credit to infotaip, pencuri movie
 

Sunday 8 June 2014

Pulanglah Abah - Cerekarama (2014)

Pulanglah Abah - 07/06/2014 

Sempena Hari Bapa semakin hampir, Cerekarama TV3 menyiarkan sebuah drama penuh pengajaran, Pulanglah Abah semalam (07/06/2014). Lakonan Hafizzudin, Normah Damanhuri, Elly Mazlein, Kamal Adli, Eira Syazira, Zafril, Razali A. Ghani, Jamiah Hashim, Halinah Md Isa, Zulkarnain Ariffin, A. Wahab Ismail. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014 

Tuesday 3 June 2014

Hanya Di Atas Kertas - Cerekarama (2014)


Sebuah telefilem yang memaparkan kehidupan alam rumah tangga bermadu. Suami yang tidak adil. Isteri muda yang mahukan perhatian lebih dan memonopoli keadaan, juga anak-anak yang terabai. Lakonan mantap Keith Foo, Izreen Azminda, Nabila Huda, Liza Abdullah, Haeriyanto, Jonathan Putra, Mardiana Alwi, Ieka Zulkifli, Muntazar Ghani, Adriana. Arahan dari pengarah hebat, Raja Ahmad Alauddin. Cerekarama Hanya Di Atas Kertas ini telah ditayangkan di TV3 pada 31 Mei 2014. Selamat Menonton!