Pages

Monday, 4 August 2014

Ketupat Rendang Keju - Warna (2014)


Perkahwinan Adam dan Alysa yang berlainan latarbelakang mengalami pelbagai konflik sehingga berlarutan di bulan puasa dan raya. Alysa tidak suka cara hidup di kampung tapi terpaksa juga teruskan. Adam yang ada sikap jimat cermat dan suka membantah sering membuatkan mereka berkelahi. Sebenarnya Adam sedang membina satu rumah batu seperti impian Alysa. Di hari raya, Adam menunjukkan Alysa apa yang dia masak iaitu Ketupat dan Rendang Keju. Adam melambangkan yang kehidupan mereka suami isteri seperti makanan itu. Walaupun nampak pelik tapi sedap kalau di makan. Lakonan Siti Saleha, Remy Ishak, Zila Bakarin, Kaza.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Sunday, 3 August 2014

Angsa Masak Cabai - TV3 (2014)


Tradisi keluarga Pak Noq wajib untuk memasak angsa masak cabai sebagai menu utama di Aidilfitri. Tetapi, Aidilfitri kali ini terdapat cabaran, apakah cabarannya?

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Atie Setan - Prima (2014)


Drama romatik komedi ini mengisahkan Atie yang akhirnya pulang ke kampung lalu bertemu semula dengan Firdaus Helmi yang suka membulinya sewaktu kecil dulu. Adakah Atie akan cuba membalas dendam atau mungkinkah benci bertukar menjadi cinta. Lakonan Yana Syamsudin dan Remy Ishak.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Thursday, 31 July 2014

Simpul Raya - Mustika HD (2014)


Telemovie tentang usaha Yus mencari jodoh sebelum pulang ke kampung agar ibunya berpuashati untuk tidak menjodohkan beliau dengan pilihan ibunya sendiri yang merupakan kakak kepada Tauke. Lakonan Yus Jambu, Tauke Jambu, Emelda Rosmila, Rahim Sepahtu, Hamid Gurkha, Dira Abu Zahar, Fatimah Adrika, Ruzita Ahmad.

Credit to Layan Tv
 

Bibik I Artis - TV3 (2014)


Mengisahkan bibik Mek telah menghadiri satu sesi uji bakat secara rahsia. Dia telah menerima beberapa tawaran berlakon. Apabila majikannya, Puan Murni mendapat tahu, dia tidak berapa gemar akan hal itu kerana dikhuatiri bibik Mek tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Namun akhirnya, Puan Murni mengalah apabila dia dipecat oleh syarikatnya atas faktor krisis kewangan dan bibik Mek pula yang mengupahnya sebagai pembantu peribadi. Lakonan Nelydia Senrose, Norman Hakim, Sharifah Shahora.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Megalawak 2013 - Mustika HD (2014)


Saksikan pelawak-pelawak dari Malaysia dan Singapura di atas satu pentas dengan sketsa dan jenaka mereka. Saksikan Jambu (Yus & Tauke), Zizan, Shiro (Sharol & Ajak), Didie Alias, Suhaimi Yusof, Husin Saaban.

Credit to Layan Tv

Wednesday, 30 July 2014

Ustaz Ku Takut Kau Datang - Maya HD (2014)


Shuib dan Harun merupakan dua orang sahabat baik yang nakal sifat mereka, tetapi sedang mencuba berhijrah menjadi orang yang baik. Shuib seorang Mat Despatch sementara Harun seorang bekas penyeluk saku yang sudah insaf. Pelakon Ajak Shiro, Yus Jambu, Ustaz Dini, Rahim Sepahtu, Along Eyzendy, Henzi Andalas, CT Chubby, Adiba Yunus.

Credit to Layan Tv