Suamiku Encik Sotong yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan
sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri
agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana
tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.
Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa
macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak
kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan
nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau
bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat
arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai
berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada
diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik
mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong.
Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa
terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan
lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi
tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi
sampai bila?
Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Credit to Layan Tv