Pages

Wednesday, 6 August 2014

Jihan Buat Rumah Terbuka - Maya HD (2014)


Jihan terpaksa membuat rumah terbuka untuk meyakinkan seorang pelabur supaya melabur dalam syarikat miliknya. Disebabkan rancangan Jihan, pelbagai kerenah dan perwatakan lucu telah berlaku. Pelakon Jihan Muse, Tauke Jambu, Wan Wala RL, Aida Khalidah, Chef Andri, Nabil Abdul, Halimah Naim.

Credit to  Blog Hiburan Semasa
 

Satu Syawal - Maya HD (2014)


Mengisahkan tentang keluarga En Mahathir yang mempunyai 3 orang anak yang ingin beraya bersama-sama mereka. Masing-masing mempunyai kisah dan masalah sendiri. Syafiq merupakan anak yang bongsu dan berkahwin dengan seorang janda beranak satu. Perkahwinan beliau tidak disukai oleh emak dan kakaknya seorang doktor yang sombong dan berlagak. Saksikan kesudahan cerita ini seterusnya. Pelakon Sharnaaz Ahmad, Eira Syazira, Nisha Dirr, Rahhim Omar, Zuraini Kassim, Laila Nasir, Marup Mustapa.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Ada Apa Dengan Raya - Maya HD (2014)


Telefilem Ada Apa Dengan Raya menceritakan tentang perjalanan balik kampung antara pasangan suami isteri yang berdepan dengan masalah kenderaan mereka untuk pulang beraya. Dalam perjalanan pulang mereka bertemu dengan beberapa orang lagi yang mempunyai masalah masing-masing yang menumpang kenderaan mereka. Saksikan kesudahan selanjutnya. Pelakon Nelydia Senrose, Syazwan Zulkifli, Halimah Alias, Jufri Rayyan, Qaiesya Islyn, Mat Redho.

Credit to Layan Tv
 

Monday, 4 August 2014

Hantu Selfie - Ria (2014)


Saleh, seorang jejaka muda yang gemar mengambil selfie dan memuat naiknya ke internet. Suatu hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha. Lakonan Zizan Razak, Emma Maembong. 

Credit to Blog Hiburan Semasa

Ketupat Rendang Keju - Warna (2014)


Perkahwinan Adam dan Alysa yang berlainan latarbelakang mengalami pelbagai konflik sehingga berlarutan di bulan puasa dan raya. Alysa tidak suka cara hidup di kampung tapi terpaksa juga teruskan. Adam yang ada sikap jimat cermat dan suka membantah sering membuatkan mereka berkelahi. Sebenarnya Adam sedang membina satu rumah batu seperti impian Alysa. Di hari raya, Adam menunjukkan Alysa apa yang dia masak iaitu Ketupat dan Rendang Keju. Adam melambangkan yang kehidupan mereka suami isteri seperti makanan itu. Walaupun nampak pelik tapi sedap kalau di makan. Lakonan Siti Saleha, Remy Ishak, Zila Bakarin, Kaza.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Sunday, 3 August 2014

Angsa Masak Cabai - TV3 (2014)


Tradisi keluarga Pak Noq wajib untuk memasak angsa masak cabai sebagai menu utama di Aidilfitri. Tetapi, Aidilfitri kali ini terdapat cabaran, apakah cabarannya?

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Atie Setan - Prima (2014)


Drama romatik komedi ini mengisahkan Atie yang akhirnya pulang ke kampung lalu bertemu semula dengan Firdaus Helmi yang suka membulinya sewaktu kecil dulu. Adakah Atie akan cuba membalas dendam atau mungkinkah benci bertukar menjadi cinta. Lakonan Yana Syamsudin dan Remy Ishak.

Credit to Blog Hiburan Semasa