Pages

Wednesday, 6 August 2014

Wak Sayang Lue! - Maya HD (2014)


Lila seorang gadis yang bekerja sebagai jurutol dan berkawan baik dengan Tipah dan Aril. Masing-masing tak sabar nak balik kampung untuk menyambut Hari raya. Ketika perasaan nak balik Kampung kian memuncak, muncul Jack, supervisor baru tempat mereka bekerja. Lila naik angin melihat Jack. Pada awalnya masing-masing terkejut melihat Lila dan Jack yang bergaduh. Kemudian baru mereka tahu Lila dan Jack adalah bekas kekasih. Lebih mengeruhkan keadaan bila Jack mengumumkan senarai orang yang dapat cuti raya. Lila, Tipah dan Aril tidak termasuk dalam list tersebut. 

Credit to Blog Hiburan Semasa

Jihan Tak Nak Balik Raya - Maya HD (2014)


Jihan, seorang wanita bekerjaya yang sangat benci akan Hari Raya terutamanya kerana dia masih belum berumahtangga walaupun sudah berumur 27 tahun. Memasak, melawat saudara-mara, beramah mesra bersama saudara, tangisan bayi dan kanak-kanak yang meminta duit raya. Dia juga bencikan riuh rendah dan bunyi bunga api. Kebenciannya bertambah semenjak dia putus tunang dan membuat keputusan untuk bercuti ke pulau pada raya kali ini dan dia menyuruh setiausahanya membuat tempahan di Avillion Hotel, malangnya apabila tiba di hotel tersebut, semua bilik telah ditempah. Dia akhirnya mengetahui yang pembantunya telah menempah sebuah homestay dengan nama yang sama. Oleh kerana tiada tempat untuk dituju, Jihan membuat keputusan untuk memandu ke Homestay tersebut dan segala-galanya mula kucar kacir.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

MLM Haji Pilus Tak Nak Beraya - Mustika HD (2014)


Haji Pilus duda yang kedekut dan tak nak beraya. Baginya menyambut Hari Raya akan mengalami kerugian yang besar. Sifat kedekutnya membuat anak dan pekerjanya makan hati. Dari mimpi buruknya, Haji Pilus dapat kesedaran dan buat perubahan untuk raya kali ini. Pelakon Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Syuk SYJ, Jihan SYJ, Yassin SYJ, Abam Bocey, Fad Bocey, Achey Bocey, Yus Jambu, Ajak Shiro, Sharol Shiro.

Credit to Layan Tv


Jihan Buat Rumah Terbuka - Maya HD (2014)


Jihan terpaksa membuat rumah terbuka untuk meyakinkan seorang pelabur supaya melabur dalam syarikat miliknya. Disebabkan rancangan Jihan, pelbagai kerenah dan perwatakan lucu telah berlaku. Pelakon Jihan Muse, Tauke Jambu, Wan Wala RL, Aida Khalidah, Chef Andri, Nabil Abdul, Halimah Naim.

Credit to  Blog Hiburan Semasa
 

Satu Syawal - Maya HD (2014)


Mengisahkan tentang keluarga En Mahathir yang mempunyai 3 orang anak yang ingin beraya bersama-sama mereka. Masing-masing mempunyai kisah dan masalah sendiri. Syafiq merupakan anak yang bongsu dan berkahwin dengan seorang janda beranak satu. Perkahwinan beliau tidak disukai oleh emak dan kakaknya seorang doktor yang sombong dan berlagak. Saksikan kesudahan cerita ini seterusnya. Pelakon Sharnaaz Ahmad, Eira Syazira, Nisha Dirr, Rahhim Omar, Zuraini Kassim, Laila Nasir, Marup Mustapa.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Ada Apa Dengan Raya - Maya HD (2014)


Telefilem Ada Apa Dengan Raya menceritakan tentang perjalanan balik kampung antara pasangan suami isteri yang berdepan dengan masalah kenderaan mereka untuk pulang beraya. Dalam perjalanan pulang mereka bertemu dengan beberapa orang lagi yang mempunyai masalah masing-masing yang menumpang kenderaan mereka. Saksikan kesudahan selanjutnya. Pelakon Nelydia Senrose, Syazwan Zulkifli, Halimah Alias, Jufri Rayyan, Qaiesya Islyn, Mat Redho.

Credit to Layan Tv
 

Monday, 4 August 2014

Hantu Selfie - Ria (2014)


Saleh, seorang jejaka muda yang gemar mengambil selfie dan memuat naiknya ke internet. Suatu hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha. Lakonan Zizan Razak, Emma Maembong. 

Credit to Blog Hiburan Semasa