Telefilem ini mengisahkan kehidupan Habib jejaka kacak dan kelihatan
sempurna di mata si gadis namun hakikatnya dibelenggu dengan masalah dua
orang kakak yang begitu mengongkong dan mengawal rapi kehidupannya
sejak dari kecil iaitu setelah kematian kedua orang tuanya.
Kakak-kakak Habib iaitu Farisya dan Fiona. Farisya merupakan seorang
yang garang dan tegas sesuai dengan jawatan sebagai eksekutif syarikat.
Fiona pula tak ada apa-apa kemahiran selain suka menjadi batu api dan
penyampai mohor-mohor besar (reporter). Dia juga berperwatakan tomboy.
Memandangkan Habib adik tunggal lelaki mereka yang bongsu ditambah lagi
dengan amanat orang tua agar menjaga Habib dengan baik, maka Habib
telah dikawal rapi oleh mereka sehinggalah dia meningkat dewasa. Malah
Farisya juga sehingga kini tidak berkahwin kerana tanggungjawab terhadap
adik-beradiknya amat besar.
Semenjak di bangku sekolah lagi, ramai pelajar yang tergila-gila dan
cuba memikat Habib dan pasti mereka akan diberikan habuan kerana
dianggap mengganggu adiknya biarpun mereka sekadar memberi senyuman.
Habib benar-benar dijaga mengalahkan anak gadis. Lantaran itu, dia
sering diejek oleh pelajar di sekolah dan semua cintanya tidak menjadi
gara-gara gangguan kakak-kakaknya. Kepada Ucop, kawan baik Habib lah
yang menjadi pendengar setia masalah Habib selama ini.
Selepas tamat SPM, Habib telah ditempatkan belajar di sebuah kolej
swasta namun masih lagi di bawah pengawasan Fiona yang menuntut di kolej
yang sama bersama-sama dengan Ucop. Setiap hari Habib akan pergi dan
balik bersama Ucop dan Fiona. Masa Habib hanya terhad di kelas dan masa
riadahnya bersama kawan-kawan turut disertai Fiona. Ucop diberi arahan
supaya memantau Habib. Pada awalnya Habib seakan sudah biasa dengan
keadaan tersebut malah dia bersyukur kerana sentiasa berasa selamat di
bawah jagaan kakaknya namun berlaku sebaliknya sejak kehadiran Cinta
pelajar baru di kolej tersebut.
Cinta membuatkan Habib ingin mendekatinya biarpun dia mengetahui risiko
yang bakal diterimanya. Namun kali ini, Habib nekad apabila dia
mendapat tahu Ucop juga mahu merapati Cinta. Habib sanggup lakukan apa
saja demi Cinta dan usahanya tidak sia-sia. Cinta juga jatuh hati pada
Habib yang baginya merupakan seorang lelaki yang sangat memahami jiwa
wanita. Hubungan mereka semakin erat apabila Cinta tinggal bersama emak
saudaranya, Kak Eton yang merupakan jiran sebelah rumah Habib. Kerap
kali mereka balik dari kolej bersama.
Habib dan Cinta mula keluar bersama, makan bersama di kolej, balik
rumah bersama walaupun sekerat jalan saja kerana takut diketahui oleh
kakak-kakaknya. Namun segalanya tidak bertahan lama apabila Fiona mula
menghidu perhubungan mereka dan menghalang hubungan mereka. Namun Habib
tetap keluar bersama Cinta dalam diam-diam dan sering ‘menipu’
kakak-kakaknya. Walau apapun Farisya dan Fiona tetap menghalang dan
memarahi Cinta agar tidak bersama dengan Habib.
Dalam pada itu, Habib dan Ucop berusaha mencari teman kepada
kakak-kakaknya. Pelbagai cara digunakan walau pada awalnya nampak amat
mustahil kerana Habib kenal sangat dengan perangai kakak-kakaknya. Kak
Eton pun turut berusaha mencari jodoh untuk Farisya.
Habib yang dikatakan merajuk, lari dari rumah kerana dihalang
percintaan dengan Cinta akhirnya pulang ke rumah dengan karakter yang
agak ‘lembut’ dan meyakinkan kakak-kakaknya agar tidak perlu risau lagi
kerana dia sudah tidak berminat untuk bercinta dengan perempuan. Kelam
kabut kakak-kakaknya melihat perubahan mendadak Habib. Habib sebenarnya
buat-buat ‘lembut’ bagi menyedarkan kakak-kakaknya.
Akhirnya kakak-kakaknya sedar dan kedua-duanya berkahwin dengan
lelaki-lelaki yang ‘dicari’ oleh Habib dan Kak Eton. Cinta dan Habib
juga kembali ‘bercinta’.
Tonton kesudahan telefilem Ya Habibi secara online.
Credit to Media Hiburan, Tonton Drama Melayu 2014
Tonton kesudahan telefilem Ya Habibi secara online.
Credit to Media Hiburan, Tonton Drama Melayu 2014
No comments:
Post a Comment