Pages

Wednesday 13 May 2015

Perempuan Lindungan Kaabah - Mustika HD (2015)


Perempuan Lindungan Kaabah adalah gelaran yang diberikan oleh orang di sekeliling Hanan kepadanya disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah. Hanan dijaga oleh Datin Zaleha sebagai anak angkat setelah ibunya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah tersebut meninggal dunia. 

Amir yang turut tinggal di banglo Datin Zaleha juga anak angkat merupakan peguam syariah. Hanan menganggap Amir sebagai abang kandungnya.

Fareez anak tunggal kepada Datin Zaleha dan berkelulusan luar negara. Kacak tapi sudah terpesong jauh dari landasan agama. Hanan dan Fareez bagaikan langit dan bumi. Hanan dan Fareez bagaikan orang asing walaupun tinggal di dalam banglo yang sama. Untuk kembalikan Fareez kepada jalan yang betul, Datin Zaleha nekad untuk satukan Fareez dan Hanan. Dia yakin yang Hanan dapat membentuk Fareez. 

Pelakon Diana Dianelle, Sharnaaz Ahmad, Keith Foo, Farahdhiya, Amar Asyraf, Aida Khalida, Ziela Jalil

Credit to Blog Hiburan Semasa

No comments:

Post a Comment