Pages

Showing posts with label Skrin Di 9. Show all posts
Showing posts with label Skrin Di 9. Show all posts

Tuesday 28 October 2014

Klon Ustaz - Skrin Di 9 (2014)


Seorang pelajar universiti yang hidupnya selalu enjoy dan tidak mempedulikan hal-hal keagamaan. Akhirnya berubah setelah menemui seorang gadis yang baik. Pelajar lelaki berkenaan berusaha untuk memikat gadis berkenaan dangan menyamar menjadi ustaz semata-mata ingin memikat hati seorang perempuan. Dalam penyamaran tersebut tanpa disedari beliau telah betul-betul berubah menjadi orang yang beriman dan percaya kepada agama. Hal ini telah mengembirakan hati kedua orang tuanya. Saksikan kisah lanjut dalam cerita Klon Ustaz. Lokasi pengambaran di sekitar Universiti Malaya. Lakonan Syarul Ridzwan, Roy Azman, Anzalna Nasir dan Man Raja Lawak.

Credit to Blog Hiburan Semasa, Kepala Bergetar

Tuesday 8 July 2014

Diari Dewi - Skrin Di 9 (2014)

Diari Dewi - 7 Julai 2014 

Saksikan Diari Dewi lakonan Zamarul Hisham, Hairul Azreen dan Nurul Eykasari (Indonesia).

Credit to Kepala Bergetar

Tuesday 1 July 2014

Papa Yibbie - Skrin Di 9 (2014)

Papa Yibbie - 30 Jun 2014 

Papa Yibbie mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang hidupnya bebas akhirnya menjadi penjaga kepada seorang bayi yang bukan daripada darah dagingnya sendiri. Menjadi bapa dalam sekelip mata bukan perkara yang dirancang dalam hidupnya, tetapi takdir telah mengubah segalanya. Beliau terpaksa menyembunyikan jagaan bayi itu daripada pengetahuan tunangnya dikhuatiri akan merenggangkan hubungan mereka. Apakah nasib bayi itu? Saksikan kisah Papa Yibbie lakonan Syarul Ridzwan, Nabila Dally, Mia Ahmad, Ayda Jebat, Fadzil Zahari, Dato Jalaludin Hassan, Dila Ahmad.

Credit to Kepala Bergetar

Friday 20 June 2014

Bidadari Walid - Skrin Di 9 (2014)

Bidadari Walid – 16 Jun 2014

Bidadari Walid merupakan sebuah cereka yang membuktikan tentang keagungan kasih seorang ayah kepada seorang anak. Keagungan kasih sayang ini terbukti apabila si ayah sanggup menanggung pelbagai halangan untuk membesarkan anak yang diamanahkan kepadanya. Namun, selepas pelbagai rintangan ditempuhi hubungan yang akrab ini musnah dek kerana si ayah merahsiakan status diri anak itu. Bermula dari ini Aleesya Qaisara membenci Daniel hingga tergamak menyuruh ayahnya pergi jauh dari kehidupannya. Aleesya akhirnya menyedari kesilapannya selepas membaca sepucuk surat yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Aleesya bergegas ke rumah Daniel untuk memohon keampunan. Sayangnya, saat itu ayahnya sudah pergi buat selama-lamanya.

Pelakon: Norman Hakim, Ainul Aishah, Puteri Balqis, Watie Elite, Kazim Nor, Balkisyh Semundur Khan, Ustaz Dini, Zulkifli Ismail, Albaniah. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014   
 

Saturday 24 May 2014

Lilinkah Aku - Skrin Di 9 (2014)


Lilinkah Aku mengisahkan seorang bekas guru, Cikgu Ahmad (Dato' Rahim Razali), yang pernah menerima anugerah guru cemerlang berasa amat kecewa dengan sikap bekas anak muridnya yang juga merupakan anak angkatnya Rohaya (Haliza Misbun). Rohaya yang telah berjaya dalam kerjayanya atas sokongan dan bantuan Cikgu Ahmad, mengambil tindakan undang-undang terhadap Izzah (Julia Ziegler), seorang guru dan juga kawan baiknya kerana telah menampar anaknya, Firdaus (Fimie Don) atas kelakuan biadapnya.

Rohaya tidak mengetahui bahawa anak kesayangannya itu melakukan pelbagai perkara jahat di belakangnya dan menyangka bahawa Izzah hanya cemburu dengan kejayaan dan berdendam dengannya. Cikgu Ahmad sedaya upaya meminta Rohaya menarik balik saman itu tetapi Rohaya tetap dengan pendirianya sehingga melukakan hati Cikgu Ahmad.



Credit to Kepala Bergetar