Pages

Showing posts with label TV9. Show all posts
Showing posts with label TV9. Show all posts

Thursday 20 November 2014

Setitis Kasih Darmia - Ratu (2014)

Setitis Kasih Darmia - TV9

Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah dan Haliza, sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya.

Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua. Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol.

Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar.
Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi mempertahankan kebahagiaan hidupnya. 

Gandingan mantap Sharnaaz Ahmad dan Nellydia Senrose pasti membuatkan penonton merasa teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah Darmia dan Amir yang penuh liku dan halangannya. Setitis Kasih Darmia ini turut membariskan ramai lagi pelakon hebat seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin dan Ziela Jalil.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online

Credit to Blog Hiburan Semasa, moviesinfobsyok, Layan Tv

Tuesday 28 October 2014

Klon Ustaz - Skrin Di 9 (2014)


Seorang pelajar universiti yang hidupnya selalu enjoy dan tidak mempedulikan hal-hal keagamaan. Akhirnya berubah setelah menemui seorang gadis yang baik. Pelajar lelaki berkenaan berusaha untuk memikat gadis berkenaan dangan menyamar menjadi ustaz semata-mata ingin memikat hati seorang perempuan. Dalam penyamaran tersebut tanpa disedari beliau telah betul-betul berubah menjadi orang yang beriman dan percaya kepada agama. Hal ini telah mengembirakan hati kedua orang tuanya. Saksikan kisah lanjut dalam cerita Klon Ustaz. Lokasi pengambaran di sekitar Universiti Malaya. Lakonan Syarul Ridzwan, Roy Azman, Anzalna Nasir dan Man Raja Lawak.

Credit to Blog Hiburan Semasa, Kepala Bergetar

Wednesday 22 October 2014

Semontel Cinta Kita - TV9 (2014)


Kehidupan Zulia menjadi kalut apabila suaminya Osman berubah penampilan, berdiet dan sentiasa wangi. Zulia cemas apatah lagi bila teman baiknya, Marlia bercerita mengenai ragam lelaki yang semakin laku dan diminati wanita apabila usia menjejak 40 tahun. Zulia tekad untuk mengamalkan diet ketat kerana risau suaminya ingin beristeri muda, hingga merubah sikapnya menjadi seorang isteri yang pemarah dan pemalas. 

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Syanie, Dottie, Muniff, Sari Yanti, Amyza Adnan, Mursyed Anak Wayang dan ramai lagi.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Wednesday 8 October 2014

Astana Cinta Aleesa - Ratu (2014)


Kelihatan beberapa orang pekerja lelaki bagaikan meragui kredibiliti Aleesa dan mula mempersoalkan jawatan yang sepatutnya dipegang oleh salah seorang daripada mereka namun berjaya ditakluki oleh Aleesa. Aleesa dibawa ke hospital swasta dengan segera. Zhariff sungguh risau namun di sebalik kerisauan itu rupanya ada berita gembira yang menanti mereka. Aleesa disahkan mengandung anak kedua. 

Saksikan kesudahan Astana Cinta Aleesa yang dibarisi oleh pelakon Emma Maembong, Nazim Othman, Amyra Rosli, Bil Azali, Kufridah, Aleza Shadan, Puteri Balqis.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online

TAMAT
      
Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tuesday 9 September 2014

Homestay Berhantu - TV9 (2014)



Telemovie komedi seram yang mengisahkan tiga sahabat Din, Man dan Achik (lakonan Kumpulan BOCEY) yang baru kehilangan pekerjaan sehingga hanya mampu memakan bawang rebus, tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila Man diwasiatkan sebuah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.

Peguam yang menguruskan wasiat berkenaan, Encik Zikri (Nas-T) mencadangkan mereka untuk membuat rumah wasiat itu sebagai rumah rehat tetapi dengan beberapa syarat pelik seperti memasang kamera CCTV dan mereka perlu menghantar rakaman video kepada Zikri setiap hari.


Mahu tidak mahu, kerana terdesak, mereka menurut kehendak En Zikri dan berpindah ke rumah berkenaan dan menjadikannya rumah rehat.


Mereka juga turut berkenalan dengan jiran baru bernama Mawar (Izreen Azminda) yang juga mempunyai warung tidak jauh dari rumah rehat mereka.


Kegembiraan tiga sahabat itu mendapat rumah wasiat tidak kekal lama apabila terdapat gangguan dan kejadian aneh yang mula menghantui mereka. Mereka semakin dilanda ketakutan apabila mendapati jiran mereka Mawar, bukanlah seorang manusia.


Telefilem komedi seram Homestay Berhantu membariskan pelakon hebat seperti Izreen Azminda, kumpulan Bocey dan Nas T.

Credit to Blog Hiburan Semasa 
 

Monday 1 September 2014

Bingkai Kaca - TV9 (2014)


Bingkai Kaca mengisahkan Rosnah, seorang jururawat bersara yang tinggal bersendirian di England kerana pernah berkahwin dengan seorang pegawai Inggeris. Sebelum menemui suaminya sebelum ini, dia pernah memiliki tunang bernama Razali yang bertugas di kem tentera sebelum dikhabarkan meninggal dunia. Rosnah masih menyimpan foto Razali sebagai tanda kenangan hingga ke hari ini. Rosnah yang terkenang saat manisnya kembali ke tanahair dan terkejut melihat yang sebenarnya Razali masih hidup dan telah mengahwini sepupunya sendiri.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Beca Ayah - TV9 (2014)


Beca Ayah membawakan kisah Pak Ndak dengan beca tercintanya. Anaknya, Rahim merupakan pengurus berjaya bakal memahami betapa beca itu bermakna buat ayahnya. Beca itu yang menyebabkan hubungan erat diantara keluarga mereka dan jiran-jiran, malah beca itu juga menyebabkan dia lebih menghargai isteri dan anaknya. Malah Rahim juga mula mendalami ayahnya dan mula menyedari erti sebenar kemerdekaan. Beca Ayah dibintangi Kaza Saisi, Aidil Aziz, Nur Risteena Munim dan Rykarl Iskandar.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Wednesday 30 July 2014

Idola Kecil Ultra Raya - TV9 (2014)


Idola Kecil Ultra Raya 2014 ini menampilkan enam finalis Idola Kecil Ultra yang juga merupakan diva bagi Anugerah Syawal TV9 menyanyikan lagu-lagu Raya. Enam finalis tersebut terdiri daripada juara Idola kecil Ultra Danial, Azzam, Harriz, Balqis, Eeqah dan Afiq.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tuesday 29 July 2014

Kimchi Raya - TV9 (2014)

 
 
Mengisahkan Jihan, bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat agensi perlancongan, sangat meminati rancangan dan drama Korea, berangan-angan untuk berhari raya di Korea, sehinggakan suatu hari dia memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke Korea dalam satu pertandingan, kebetulan tarikh tiket penerbangan ke Korea jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Pelakon Nad Zainal, Syahrul Ridzwan, Norish Karman, Shah Iskandar, Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu, Shah Tapaw, Man Raja Lawak, Fendi Seman, Amir Raja Lawak.
 
Credit to Blog Hiburan Semasa
 
 

Tuesday 8 July 2014

Diari Dewi - Skrin Di 9 (2014)

Diari Dewi - 7 Julai 2014 

Saksikan Diari Dewi lakonan Zamarul Hisham, Hairul Azreen dan Nurul Eykasari (Indonesia).

Credit to Kepala Bergetar

Tuesday 1 July 2014

Papa Yibbie - Skrin Di 9 (2014)

Papa Yibbie - 30 Jun 2014 

Papa Yibbie mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang hidupnya bebas akhirnya menjadi penjaga kepada seorang bayi yang bukan daripada darah dagingnya sendiri. Menjadi bapa dalam sekelip mata bukan perkara yang dirancang dalam hidupnya, tetapi takdir telah mengubah segalanya. Beliau terpaksa menyembunyikan jagaan bayi itu daripada pengetahuan tunangnya dikhuatiri akan merenggangkan hubungan mereka. Apakah nasib bayi itu? Saksikan kisah Papa Yibbie lakonan Syarul Ridzwan, Nabila Dally, Mia Ahmad, Ayda Jebat, Fadzil Zahari, Dato Jalaludin Hassan, Dila Ahmad.

Credit to Kepala Bergetar

Friday 20 June 2014

Bidadari Walid - Skrin Di 9 (2014)

Bidadari Walid – 16 Jun 2014

Bidadari Walid merupakan sebuah cereka yang membuktikan tentang keagungan kasih seorang ayah kepada seorang anak. Keagungan kasih sayang ini terbukti apabila si ayah sanggup menanggung pelbagai halangan untuk membesarkan anak yang diamanahkan kepadanya. Namun, selepas pelbagai rintangan ditempuhi hubungan yang akrab ini musnah dek kerana si ayah merahsiakan status diri anak itu. Bermula dari ini Aleesya Qaisara membenci Daniel hingga tergamak menyuruh ayahnya pergi jauh dari kehidupannya. Aleesya akhirnya menyedari kesilapannya selepas membaca sepucuk surat yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Aleesya bergegas ke rumah Daniel untuk memohon keampunan. Sayangnya, saat itu ayahnya sudah pergi buat selama-lamanya.

Pelakon: Norman Hakim, Ainul Aishah, Puteri Balqis, Watie Elite, Kazim Nor, Balkisyh Semundur Khan, Ustaz Dini, Zulkifli Ismail, Albaniah. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014   
 

Sunday 8 June 2014

Separuh Jiwaku - Ratu (2014)


Drama bersiri Separuh Jiwaku mengisi Slot Ratu TV9, dilakonkan oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid Liza Abdullah dan Nadia Aqilah

Ia, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hanna Dalila lakonan Elfira Loy yang mengusahakan sebuah kedai dobi sebagai sumber pendapatannya. Dia merupakan anak yatim piatu dan dipelihara oleh emak saudaranya Mak Iti (Liza Abdullah) semenjak kecil. Sementara itu, Emir Izlan (Aedy Ashraf) yang merupakan seorang pemuda kampung bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Darwish (Hafizuddin Fadzil) dan Datin Sofinah (Jasmin Hamid).

Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Datuk Darwish. Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna. 

Bagaimanapun, Datuk Darwish yang merupakan pelanggan tetap kedai dobi turut meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan Hanna. Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan lelaki itu. Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Datuk Darwish kerana merampas wanita yang dicintainya.

Ikuti perjalanan kisah penuh konflik Separuh Jiwaku ini yang ke udara setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam di TV9.

Tonton Episod 01 Online 
Tonton Episod 02 Online 
Tonton Episod 03 Online 
Tonton Episod 04 Online 
Tonton Episod 05 Online 
Tonton Episod 06 Online 
Tonton Episod 07 Online 
Tonton Episod 08 Online 
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online 
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online

Credit to Kepala Bergetar
  

Saturday 24 May 2014

Lilinkah Aku - Skrin Di 9 (2014)


Lilinkah Aku mengisahkan seorang bekas guru, Cikgu Ahmad (Dato' Rahim Razali), yang pernah menerima anugerah guru cemerlang berasa amat kecewa dengan sikap bekas anak muridnya yang juga merupakan anak angkatnya Rohaya (Haliza Misbun). Rohaya yang telah berjaya dalam kerjayanya atas sokongan dan bantuan Cikgu Ahmad, mengambil tindakan undang-undang terhadap Izzah (Julia Ziegler), seorang guru dan juga kawan baiknya kerana telah menampar anaknya, Firdaus (Fimie Don) atas kelakuan biadapnya.

Rohaya tidak mengetahui bahawa anak kesayangannya itu melakukan pelbagai perkara jahat di belakangnya dan menyangka bahawa Izzah hanya cemburu dengan kejayaan dan berdendam dengannya. Cikgu Ahmad sedaya upaya meminta Rohaya menarik balik saman itu tetapi Rohaya tetap dengan pendirianya sehingga melukakan hati Cikgu Ahmad.



Credit to Kepala Bergetar