Pages

Showing posts with label TV2. Show all posts
Showing posts with label TV2. Show all posts

Tuesday 18 November 2014

Jalan Kembali - Selekta Prima (2014)


Mengisahkan watak Tasya dan Amy yang berkawan baik sejak dari sekolah memilih untuk bergaul dengan mat-mat rempit setelah tamat persekolahan. Mereka berdua bergaul rapat dengan geng rempit yang diketuai oleh Keting yang menggelar dirinya sebagai Raja Rempit KL.

Mus pula yang sepatutnya bekerja di syarikat bapanya seronok dengan kehidupannya sendiri iaitu berlumba motor haram. Namun begitu nasib Mus kurang baik apabila Acai, anak didik Keting telah berjaya mengalahkannya dalam satu perlumbaan. Sementara itu, Dani seorang bekas mat rempit yang telah bertaubat setelah dibebaskan dari penjara sejak 3 tahun lalu dan kini bekerja sebagai penghantar surat.

Kisahnya berkembang dengan watak Suria, ibu Tasya sering meleteri anak gadisnya itu kerana kerap melepak di luar hingga lewat malam. Tapi Tasya tetap berdegil. Amy pula resah memikirkan kelakuan bapanya, Razali seorang kaki judi yang menjadikannya sebagai sumber untuk mendapatkan wang. Dalam pada itu, bapa Mus kecewa dengan tindakan Mus yang enggan pergi ke pejabat gara-gara leka dengan aktiviti motornya. Dani bertindak melarikan diri apabila dia terserempak dengan Keting. Keting pula nekad untuk memburu Dani.

Sementara itu, Dani kesal kerana Mus dan rakan-rakan lain enggan menerima nasihatnya agar berhenti berlumba haram. Secara tidak sengaja Dani telah terserempak dengan Acai dan dia telah diugut supaya segera menemui Keting. Dani gelisah memikirkan hutangnya dengan Keting berjumlah RM5 ribu untuk satu perlumbaan 3 tahun lalu sebelum dia dipenjarakan. Acai bergaduh dengan Mus gara-gara dia tidak puas hati dengan kekalahannya dalam satu perlumbaan dengan Mus. Keting yang terkejut dengan kekalahan Acai telah menasihati Acai supaya berhati-hati kerana polis sedang memburunya. Ekoran kejadian yang sama Mus turut diburu polis. Bukti perlumbaan haram mereka itu telah dirakam oleh CCTV. Kedua ibu bapa Mus lega apabila Mus akhirnya menyerah diri di balai polis trafik dan hanya dikenakan denda. Tasya sudak tidak tahan dengan leteran ibunya lalu dia bertindak melarikan diri dari rumah dan menumpang di rumah Amy.

Mus tiba-tiba menyampaikan hasrat untuk berhenti kerja di syarikat bapanya kerana ingin berdikari di luar. Keputusan Mus dibantah oleh bapanya malah dia diberi tempoh 30 hari untuk berfikir semula. Amy marah dengan cadangan Ah Long agar dirinya dipinjamkan kepada mereka selama seminggu untuk selesaikan hutang Razali. Dalam pada itu, Keting yang sudah lama ‘cuci tangan’ menyahut cabaran musuh lamanya Lan Botak untuk berlumba dengannya.

Mus bersimpati dengan masalah keluarga yang dihadapi oleh Amy dan dia sering bantu dari segi kewangan. Razali tiada pilihan lain, dia memujuk Amy untuk dipinjamkan kepada Ah Long selama seminggu demi menyelesaikan hutangnya. Akibatnya Amy nekad mengajak Tasya lari dari rumah dan menyewa bilik di luar. Keting yang bangga dengan gelaran raja rempit KL berang apabila Lan Botak berjaya menewaskannya dalam satu perlumbaan.
Acai naik berang lalu dia menumbuk Dani kerana benci dengan tindakan Dani memujuk Tasya agar membaca buku-buku agama. Tasya marah apabila dia diberitahu tentang Amy dan Acai yang keluar makan bersama. Tanpa Amy sedari Acai sebenarnya menyukai Amy. Amy terkejut dan menolak secara baik demi persahabatannya dengan Tasya. Selain Tasya, Mus turut rasa cemburu dan tuduh Amy perempuan murahan. Mus bertindak menumbuk Acai dan beri amaran. Keadaan menjadi cemas apabila Amy terima panggilan ugutan dari Ah Long. Razali telah disiksa dan dikurung oleh Ah Long.

Amy gelisah dan kusut memikirkan cara untuk melepaskan bapanya dari terus dikurung oleh Ah Long. Keadaan menjadi cemas apabila Amy diperangkap oleh bapanya yang dipaksa untuk menggadaikan Amy kepada Ah Long. Mus terkejut apabila Amy meminta bantuan supaya menyelamatkannya dari buruan Ah Long. Amy mulai rimas apabila dia terpaksa bersembunya dalam bilik sewanya gara-gara diburu Ah Long. Mus resah memikirkan cara untuk bantu Amy selesaikan masalah dengan Ah Long tanpa melibatkan polis.

Amy akhirnya diculik oleh Ah Long ketika dia dalam keadaan terkejut melihat bapanya maut akibat dilanggar kereta. Tanpa berfikir panjang Mus terus buat laporan polis mengenai penculikan Amy. Tasya benar-benar terkejut mendengar berita penculikan Amy dari Mus dan dia turut sama berusaha untuk selamatkan Amy. Kemarahan Keting terhadap Dani semakin membara gara-gara beberapa gengnya sudah berubah kembali ke pangkal jalan.
Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Mampukah mereka kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan seperti biasa? Saksikan kesudahan drama terbitan Skop Production dan arahan Syamsul Yusof ini yang dibintangi oleh Sheera Iskandar, Qazem Nor, Lufya Sheikh Omar, Aznah Hamid dan Dato’ Aziz Singah.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

Credit to Layan Tube

Thursday 18 September 2014

Tentang Hati - TV2 (2014)


Drama bersiri Tentang Hati mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.

Drama arahan Feroz Kadir ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna. 

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

TAMAT
Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Sunday 8 June 2014

Ya Habibi - Citra (2014)


Telefilem Ya Habibi mengisi Slot Citra di TV2 membawakan jalan cerita bila mana seorang pemuda cuba lari daripada kongkongan dua orang kakaknya. Telefilem ini menampilkan lakonan berkesan Izzue Islam dengan dibantu oleh Adrea Abdullah, Syatilla Melvin, Syuk Balas, Erin Malek dan Zarina Zainuddin.
 
Telefilem ini mengisahkan kehidupan Habib jejaka kacak dan kelihatan sempurna di mata si gadis namun hakikatnya dibelenggu dengan masalah dua orang kakak yang begitu mengongkong dan mengawal rapi kehidupannya sejak dari kecil iaitu setelah kematian kedua orang tuanya. 
 
Kakak-kakak Habib iaitu Farisya dan Fiona. Farisya merupakan seorang yang garang dan tegas sesuai dengan jawatan sebagai eksekutif syarikat. Fiona pula tak ada apa-apa kemahiran selain suka menjadi batu api dan penyampai mohor-mohor besar (reporter). Dia juga berperwatakan tomboy.
 
Memandangkan Habib adik tunggal lelaki mereka yang bongsu ditambah lagi dengan amanat orang tua agar menjaga Habib dengan baik, maka Habib telah dikawal rapi oleh mereka sehinggalah dia meningkat dewasa. Malah Farisya juga sehingga kini tidak berkahwin kerana tanggungjawab terhadap adik-beradiknya amat besar. 
 
Semenjak di bangku sekolah lagi, ramai pelajar yang tergila-gila dan cuba memikat Habib dan pasti mereka akan diberikan habuan kerana dianggap mengganggu adiknya biarpun mereka sekadar memberi senyuman. Habib benar-benar dijaga mengalahkan anak gadis. Lantaran itu, dia sering diejek oleh pelajar di sekolah dan semua cintanya tidak menjadi gara-gara gangguan kakak-kakaknya. Kepada Ucop, kawan baik Habib lah yang menjadi pendengar setia masalah Habib selama ini. 
 
Selepas tamat SPM, Habib telah ditempatkan belajar di sebuah kolej swasta namun masih lagi di bawah pengawasan Fiona yang menuntut di kolej yang sama bersama-sama dengan Ucop. Setiap hari Habib akan pergi dan balik bersama Ucop dan Fiona. Masa Habib hanya terhad di kelas dan masa riadahnya bersama kawan-kawan turut disertai Fiona. Ucop diberi arahan supaya memantau Habib. Pada awalnya Habib seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut malah dia bersyukur kerana sentiasa berasa selamat di bawah jagaan kakaknya namun berlaku sebaliknya sejak kehadiran Cinta pelajar baru di kolej tersebut. 
 
Cinta membuatkan Habib ingin mendekatinya biarpun dia mengetahui risiko yang bakal diterimanya. Namun kali ini, Habib nekad apabila dia mendapat tahu Ucop juga mahu merapati Cinta. Habib sanggup lakukan apa saja demi Cinta dan usahanya tidak sia-sia. Cinta juga jatuh hati pada Habib yang baginya merupakan seorang lelaki yang sangat memahami jiwa wanita. Hubungan mereka semakin erat apabila Cinta tinggal bersama emak saudaranya, Kak Eton yang merupakan jiran sebelah rumah Habib. Kerap kali mereka balik dari kolej bersama. 
 
Habib dan Cinta mula keluar bersama, makan bersama di kolej, balik rumah bersama walaupun sekerat jalan saja kerana takut diketahui oleh kakak-kakaknya. Namun segalanya tidak bertahan lama apabila Fiona mula menghidu perhubungan mereka dan menghalang hubungan mereka. Namun Habib tetap keluar bersama Cinta dalam diam-diam dan sering ‘menipu’ kakak-kakaknya. Walau apapun Farisya dan Fiona tetap menghalang dan memarahi Cinta agar tidak bersama dengan Habib.
 
Dalam pada itu, Habib dan Ucop berusaha mencari teman kepada kakak-kakaknya. Pelbagai cara digunakan walau pada awalnya nampak amat mustahil kerana Habib kenal sangat dengan perangai kakak-kakaknya. Kak Eton pun turut berusaha mencari jodoh untuk Farisya. 
 
Habib yang dikatakan merajuk, lari dari rumah kerana dihalang percintaan dengan Cinta akhirnya pulang ke rumah dengan karakter yang agak ‘lembut’ dan meyakinkan kakak-kakaknya agar tidak perlu risau lagi kerana dia sudah tidak berminat untuk bercinta dengan perempuan. Kelam kabut kakak-kakaknya melihat perubahan mendadak Habib. Habib sebenarnya buat-buat ‘lembut’ bagi menyedarkan kakak-kakaknya.
 
Akhirnya kakak-kakaknya sedar dan kedua-duanya berkahwin dengan lelaki-lelaki yang ‘dicari’ oleh Habib dan Kak Eton. Cinta dan Habib juga kembali ‘bercinta’.

Tonton kesudahan telefilem Ya Habibi secara online.

Credit to Media Hiburan, Tonton Drama Melayu 2014