Pages

Showing posts with label Telemovie. Show all posts
Showing posts with label Telemovie. Show all posts

Wednesday 22 October 2014

Semontel Cinta Kita - TV9 (2014)


Kehidupan Zulia menjadi kalut apabila suaminya Osman berubah penampilan, berdiet dan sentiasa wangi. Zulia cemas apatah lagi bila teman baiknya, Marlia bercerita mengenai ragam lelaki yang semakin laku dan diminati wanita apabila usia menjejak 40 tahun. Zulia tekad untuk mengamalkan diet ketat kerana risau suaminya ingin beristeri muda, hingga merubah sikapnya menjadi seorang isteri yang pemarah dan pemalas. 

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Syanie, Dottie, Muniff, Sari Yanti, Amyza Adnan, Mursyed Anak Wayang dan ramai lagi.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Wednesday 15 October 2014

Asparagus - TV1 (2014)


Telemovie Asparagus mengisahkan 3 orang wanita yang ingin bersuamikan orang muda sedangkan usianya sudah lanjut. Mereka merupakan sahabat dalam suatu perniagaan kecantikan. Pelbagai cara dilakukan untuk memenuhi hasrat masing-masing dan menunjukkan siapakah antara mereka yang hebat. Lakonan Jasmin Hamid, Amyza Adnan, Zila Bakarin dan Fattah Amin.

Credit to Layan Tv
 

Tuesday 7 October 2014

Ini Harta Haji Nana Yang Punya - TV3 (2014)


Pak Nana seorang yang kaya tetapi sangat kedekut. Pak Nana tidak pernah membayar zakat mahupun cukai pendapatan. Isterinya, Cik Com sering memujuknya untuk mengerjakan haji tetapi Pak Nana mengambil kesempatan untuk meminta izin berkahwin lagi. Akhirnya, Pak Nana dan Cik Com berangkat ke Mekah. Anak-anak Pak Nana iaitu Saripah dan Owais membantunya menguruskan harta dan juga perniagaan sewaktu Pak Nana tiada. Saripah telah menggunakan sebahagian duit tersebut untuk membayar zakat dan menderma manakala Owais pula melakukan pembaziran. Tanpa disedari, Owais juga tertipu dengan Shaik Maidin dan kawan baiknya, Subhan. Apakah reaksi Pak Nana selepas dia kembali dari Tanah Suci?

Pelakon: Farouk Hussein, Sheila Mambo, Nazim Othman, Ayda Jebat, Ben Amir, Sariyanti, Shahnon.

Credit to Blog Hiburan Semasa
  

Monday 6 October 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan Telemovie - Istimewa Aidiladha TV3 (2014)


Telemovie khas Kerana Terpaksa Aku Relakan sempena Hari Raya Aidiladha merupakan kesinambungan drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan. Bagi penonton setia yang amat meminati drama bersiri ini, pastinya tertanya-tanya siapakah ibu kandung kepada Indah Harlina? Apakah yang bakal berlaku selepas Indah dipertemukan dengan ibu kandungnya? Katerina yang sedang menjalani hukuman penjara? Apakah hubungan antara Datuk Safiyyah dengan Katerina? Segalanya bakal terjawab dalam telefilem istimewa ini. Masih mengekalkan barisan pelakon terdahulu antaranya Amar Baharin, Izreen Azminda, Dian P. Ramlee.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tuesday 9 September 2014

Homestay Berhantu - TV9 (2014)



Telemovie komedi seram yang mengisahkan tiga sahabat Din, Man dan Achik (lakonan Kumpulan BOCEY) yang baru kehilangan pekerjaan sehingga hanya mampu memakan bawang rebus, tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila Man diwasiatkan sebuah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.

Peguam yang menguruskan wasiat berkenaan, Encik Zikri (Nas-T) mencadangkan mereka untuk membuat rumah wasiat itu sebagai rumah rehat tetapi dengan beberapa syarat pelik seperti memasang kamera CCTV dan mereka perlu menghantar rakaman video kepada Zikri setiap hari.


Mahu tidak mahu, kerana terdesak, mereka menurut kehendak En Zikri dan berpindah ke rumah berkenaan dan menjadikannya rumah rehat.


Mereka juga turut berkenalan dengan jiran baru bernama Mawar (Izreen Azminda) yang juga mempunyai warung tidak jauh dari rumah rehat mereka.


Kegembiraan tiga sahabat itu mendapat rumah wasiat tidak kekal lama apabila terdapat gangguan dan kejadian aneh yang mula menghantui mereka. Mereka semakin dilanda ketakutan apabila mendapati jiran mereka Mawar, bukanlah seorang manusia.


Telefilem komedi seram Homestay Berhantu membariskan pelakon hebat seperti Izreen Azminda, kumpulan Bocey dan Nas T.

Credit to Blog Hiburan Semasa 
 

Tuesday 2 September 2014

Selempang Kuning - Maya HD (2014)


Salleh, Osman dan Bahar adalah guru yang belajar silat dengan Tuan Guru Abdullah. Sebagai murid pertama yang paling hebat, Salleh dikurniakan selempang kuning yang menjadi simbolik kumpulan silat mereka. Selepas Tuan Guru Abdullah meninggal, Salleh menggantikan tempatnya. Bagaimanapun, dia menyimpan hasrat untuk keluar dari kampungnya dan memajukan hidupnya.

Pelakon : Johan Asari, Zahiril Adzim, Syukri Yahya, Wak D, Mia Ahmad, Ezzaty Abdullah, Halimah Naim, Rahim Razali.

Credit to Layan Tv
 

Monday 1 September 2014

Bingkai Kaca - TV9 (2014)


Bingkai Kaca mengisahkan Rosnah, seorang jururawat bersara yang tinggal bersendirian di England kerana pernah berkahwin dengan seorang pegawai Inggeris. Sebelum menemui suaminya sebelum ini, dia pernah memiliki tunang bernama Razali yang bertugas di kem tentera sebelum dikhabarkan meninggal dunia. Rosnah masih menyimpan foto Razali sebagai tanda kenangan hingga ke hari ini. Rosnah yang terkenang saat manisnya kembali ke tanahair dan terkejut melihat yang sebenarnya Razali masih hidup dan telah mengahwini sepupunya sendiri.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Beca Ayah - TV9 (2014)


Beca Ayah membawakan kisah Pak Ndak dengan beca tercintanya. Anaknya, Rahim merupakan pengurus berjaya bakal memahami betapa beca itu bermakna buat ayahnya. Beca itu yang menyebabkan hubungan erat diantara keluarga mereka dan jiran-jiran, malah beca itu juga menyebabkan dia lebih menghargai isteri dan anaknya. Malah Rahim juga mula mendalami ayahnya dan mula menyedari erti sebenar kemerdekaan. Beca Ayah dibintangi Kaza Saisi, Aidil Aziz, Nur Risteena Munim dan Rykarl Iskandar.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Nasi Air - TV3 (2014)


Nasi Air menceritakan kisah seorang ayah yang menaruhkan segala yang dimilikinya dalam usaha mencari anak-anaknya yang lama terpisah sejak 27 tahun lalu hanya kerana mengejar impiannya. Menampilkan Zahiril Adzim, Tasha Shilla, Syazwan Zulkifly dan Faizal Hussein.
 
Credit to Blog Hiburan Semasa
 

5 Waktu - Maya HD (2014)


Sebuah kisah penyesalan seorang bapa terhadap sejarah hidup dan keluarganya yang akhirnya mengundang penderitaan sepanjang hayatnya

Pelakon : Jalil Hamid, Zarina Zainudin, Aedy Asyraf, Sharifah Sakinah, Alif Hadi, Katie Syahrir, Natasha.

Credit to Layan Tv
  

Tuesday 15 July 2014

Sejernih Embun - Istimewa Nuzul Al-Quran TV3 (2014)


Sejernih Embun - 14 Julai 2014

Razman terlibat dalam gangterism sejak remaja. Dia tidak pernah mengenali keluarganya mengakibatkan kehidupannya terumbang-ambing. Razman kemudiannya jatuh cinta pada Jaclyn, orang kepercayaan bos besar. Namun, Jaclyn meletakkan syarat RM 1 juta jika inginkan cintanya dan wang tersebut harus diperolehinya dalam masa seminggu. 

Disebabkan terdesak, Razman kembali menjejaki Raymond yang pernah melarikan wangnya berjumlah hampir RM 200 ribu. Razman ke Jitra, kampung halaman Raymond. Puas dicari namun Raymond tidak ditemui. Ketika Razman hampir berputus asa, dia terkejut apabila mendapati suami Salmiah, Syukor ialah Raymond yang telah memeluk agama Islam. Malah, Syukor juga mengatakan bahawa duit tersebut telah didermakan. 

Razman telah menculik Salmiah untuk memaksa Syukor menyerahkan duit tersebut atau Salmiah akan dibunuh. Sepanjang dikurung oleh Razman, Salmiah berterusan bersolat dan mengaji. Razman agak terganggu dengan bacaan Al-Quran tersebut namun akhirnya tertidur dan bermimpi dia berada dalam api panas. Apabila tersedar, Razman meminta Salmiah meneruskan bacaannya.

Pada masa yang sama, Syukor mendapatkan bantuan Basri bagi membebaskan Salmiah. Basri mencadangkan agar Syukor beritahu sahaja pada Razman yang mereka sudah ada wang tersebut. Syukor terkejut dengan cadangan Basri namun dia hanya menurut. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? 

Sejernih Embun membariskan pelakon Fizz Fairuz, Jessey Lim, Faradhiya, Beego dan Datuk Ahmad Tarmimi Serigar.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Sunday 6 July 2014

Samba Bola Kampung - Maya HD (2014)


Saksikan perjalanan Azam, Chopie and Malim yang pergi ke Kuala Lumpur secara berasingan untuk mencuba nasib di dalam ujibakat pasukan bolasepak. Adakah akan bertemu kejayaan atau kegagalan? Lakonan Hanis Zalikha, Kumpulan Bocey, Man Rajalawak. 

Credit to Layan Tv

Tuesday 1 July 2014

Cupcake Mama - Maya HD (2014)


Mengisahkan kehidupan Adam dan Hanna bertambah bahagia selepas mereka dikurniakan anak. Adam tidak lagi berperangai buruk seperti dulu dan lebih banyak menghabiskan masa dirumah bersama anak dan isteri. Lakonan Nadiya Nisaa dan Tomok. 

Credit to Layan Tv

Sunday 8 June 2014

Ya Habibi - Citra (2014)


Telefilem Ya Habibi mengisi Slot Citra di TV2 membawakan jalan cerita bila mana seorang pemuda cuba lari daripada kongkongan dua orang kakaknya. Telefilem ini menampilkan lakonan berkesan Izzue Islam dengan dibantu oleh Adrea Abdullah, Syatilla Melvin, Syuk Balas, Erin Malek dan Zarina Zainuddin.
 
Telefilem ini mengisahkan kehidupan Habib jejaka kacak dan kelihatan sempurna di mata si gadis namun hakikatnya dibelenggu dengan masalah dua orang kakak yang begitu mengongkong dan mengawal rapi kehidupannya sejak dari kecil iaitu setelah kematian kedua orang tuanya. 
 
Kakak-kakak Habib iaitu Farisya dan Fiona. Farisya merupakan seorang yang garang dan tegas sesuai dengan jawatan sebagai eksekutif syarikat. Fiona pula tak ada apa-apa kemahiran selain suka menjadi batu api dan penyampai mohor-mohor besar (reporter). Dia juga berperwatakan tomboy.
 
Memandangkan Habib adik tunggal lelaki mereka yang bongsu ditambah lagi dengan amanat orang tua agar menjaga Habib dengan baik, maka Habib telah dikawal rapi oleh mereka sehinggalah dia meningkat dewasa. Malah Farisya juga sehingga kini tidak berkahwin kerana tanggungjawab terhadap adik-beradiknya amat besar. 
 
Semenjak di bangku sekolah lagi, ramai pelajar yang tergila-gila dan cuba memikat Habib dan pasti mereka akan diberikan habuan kerana dianggap mengganggu adiknya biarpun mereka sekadar memberi senyuman. Habib benar-benar dijaga mengalahkan anak gadis. Lantaran itu, dia sering diejek oleh pelajar di sekolah dan semua cintanya tidak menjadi gara-gara gangguan kakak-kakaknya. Kepada Ucop, kawan baik Habib lah yang menjadi pendengar setia masalah Habib selama ini. 
 
Selepas tamat SPM, Habib telah ditempatkan belajar di sebuah kolej swasta namun masih lagi di bawah pengawasan Fiona yang menuntut di kolej yang sama bersama-sama dengan Ucop. Setiap hari Habib akan pergi dan balik bersama Ucop dan Fiona. Masa Habib hanya terhad di kelas dan masa riadahnya bersama kawan-kawan turut disertai Fiona. Ucop diberi arahan supaya memantau Habib. Pada awalnya Habib seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut malah dia bersyukur kerana sentiasa berasa selamat di bawah jagaan kakaknya namun berlaku sebaliknya sejak kehadiran Cinta pelajar baru di kolej tersebut. 
 
Cinta membuatkan Habib ingin mendekatinya biarpun dia mengetahui risiko yang bakal diterimanya. Namun kali ini, Habib nekad apabila dia mendapat tahu Ucop juga mahu merapati Cinta. Habib sanggup lakukan apa saja demi Cinta dan usahanya tidak sia-sia. Cinta juga jatuh hati pada Habib yang baginya merupakan seorang lelaki yang sangat memahami jiwa wanita. Hubungan mereka semakin erat apabila Cinta tinggal bersama emak saudaranya, Kak Eton yang merupakan jiran sebelah rumah Habib. Kerap kali mereka balik dari kolej bersama. 
 
Habib dan Cinta mula keluar bersama, makan bersama di kolej, balik rumah bersama walaupun sekerat jalan saja kerana takut diketahui oleh kakak-kakaknya. Namun segalanya tidak bertahan lama apabila Fiona mula menghidu perhubungan mereka dan menghalang hubungan mereka. Namun Habib tetap keluar bersama Cinta dalam diam-diam dan sering ‘menipu’ kakak-kakaknya. Walau apapun Farisya dan Fiona tetap menghalang dan memarahi Cinta agar tidak bersama dengan Habib.
 
Dalam pada itu, Habib dan Ucop berusaha mencari teman kepada kakak-kakaknya. Pelbagai cara digunakan walau pada awalnya nampak amat mustahil kerana Habib kenal sangat dengan perangai kakak-kakaknya. Kak Eton pun turut berusaha mencari jodoh untuk Farisya. 
 
Habib yang dikatakan merajuk, lari dari rumah kerana dihalang percintaan dengan Cinta akhirnya pulang ke rumah dengan karakter yang agak ‘lembut’ dan meyakinkan kakak-kakaknya agar tidak perlu risau lagi kerana dia sudah tidak berminat untuk bercinta dengan perempuan. Kelam kabut kakak-kakaknya melihat perubahan mendadak Habib. Habib sebenarnya buat-buat ‘lembut’ bagi menyedarkan kakak-kakaknya.
 
Akhirnya kakak-kakaknya sedar dan kedua-duanya berkahwin dengan lelaki-lelaki yang ‘dicari’ oleh Habib dan Kak Eton. Cinta dan Habib juga kembali ‘bercinta’.

Tonton kesudahan telefilem Ya Habibi secara online.

Credit to Media Hiburan, Tonton Drama Melayu 2014