Pages

Wednesday, 30 July 2014

Jangan Ambil Lembu Kami - TV3 (2014)


Drama terbaru di TV3 sempena bulan ramadan ini bertajuk Jangan Ambil Lembu Kami akan bersiaran setiap hari Ahad jam 6.30 petang mulai 29 Jun ini. Drama ini dilakonkan oleh Noor Khiriah, Syafie Naswip,  Ben Laden dan ramai lagi. 
Ali, 11 tahun membantu Pak Kassim menjaga lembu-lembunya. Ali mempunyai seekor lembu yang amat disayanginya iaitu Badang. Suatu hari, Ali terkejut apabila mendapati Badang telah hilang di kandang. Sejak itu, Ali tertekan dan dia telah demam kerana terlalu rindu kepada Badang.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Jangan Ambil Lembu Kami Raya Online

Credit to infotaip, Blog Hiburan Semasa

Idola Kecil Ultra Raya - TV9 (2014)


Idola Kecil Ultra Raya 2014 ini menampilkan enam finalis Idola Kecil Ultra yang juga merupakan diva bagi Anugerah Syawal TV9 menyanyikan lagu-lagu Raya. Enam finalis tersebut terdiri daripada juara Idola kecil Ultra Danial, Azzam, Harriz, Balqis, Eeqah dan Afiq.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Baju Raya Yaya - TV3 (2014)


Telemovie terbaru istimewa hari raya aidilfitri tahun ini berjudul Baju Raya Yaya. Yaya seorang yang berprinsip dan mempunyai seorang adik bernama Mimi. Mimi yang mempunyai teman lelaki takut untuk memberitahu kakaknya dia mempunyai teman lelaki. Justeru itu, teman elaki Mimi harus memikat hati Yaya dahulu. Drama ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Amyra Rosli, Azlee Khairi, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua terbitan Primeworks Studios.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Sketsa Raya - TV3 (2014)


Tonton Sketsa Raya rancangan khas sempena Hari Raya Aidilfitri.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Kampung Girl Raya - TV3 (2014)


Ain sedang sarat mengandung dan mengidam pelbagai makanan yang pelik seperti daging unta, cempedak dan daging landak. Asyraf cuba memenuhi permintaannya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tuesday, 29 July 2014

Pontianak Teng Teng - TV3 (2014)


Pontianak Teng Teng mengisahkan tentang seorang janda jelita yang bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya. Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka. Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya. Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya? Pelakon Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu dan Shah Tapaw.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tolong Aku Nak Puasa - Maya HD (2014)


Tolong, Aku Nak Puasa berkisarkan tentang Amir seorang mat rempit yang sering berjanji ingin berubah tetapi tidak pernah berubah sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Semua janjinya tidak membuahkan hasil yang positif. Amir masih dengan sikapnya yang tidak bersungguh dalam perkerjaan bahkan sering bertukar kerja. Lakonan Farid Kamil, Faralyna Idris, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Rashidah Jaafar, Epy Kodiang, Mie Raja Lawak, Iskandar Md Nor.

Credit to Layan Tv