Pages

Sunday, 17 August 2014

Berikan Aku Jilbab - Cerekama (2014)


Insyirah menerima tawaran sebagai cikgu tadika di Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan ke sana, Insyirah dirogol seorang lelaki yang tidak dikenali. Lebih malang lagi, Insyirah ditipu oleh Tunku Asmadi yang mengambil kesempatan ke atasnya. Tunku Asmadi menidurinya dan memberikan wang pampasan sebanyak RM 1,000 . Selepas kejadian itu, Insyirah mengenakan jilbab untuk memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang cikgu. Insyirah berkenalan dengan Corrolina, isteri kepada Tunku Asmadi. Insyirah memulakan rancangan untuk membalas dendam terhadap Tunku Asmadi dengan menyamar sebagai Kay. Lakonan Syatilla Melvin, Keith Foo, Raisha Rania (Felixia Yeap), Fizz Fairuz.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Spain Uoolss - TV3 (2014)


Telemovie sempena Hari Raya ini bertajuk ‘Spain Uoolss’ dilakonkan oleh Eirma Fatima, Nora Danish, dan Shaheizy Sam. Cerita yang mengisahkan Mak Cun yang sesat di perantauan.

Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya. Apa akan terjadi kepada Mak Cun?

Credit to Blog Hiburan Semasa
  

Friday, 15 August 2014

Raya Kosong Kosong - Maya HD (2014)


Kisah ini menceritakan tentang tiga orang adik beradik perempuan, Azah, Azie, Azu. Walaupun mereka adik beradik, mereka sering berjauhan dan tidak rapat. Ibu bapa mereka, Pak Razif dan Mak Salmah berpeluang untuk ke umrah pada bulan Ramadhan yang akan datang. Tontonlah pertemuan semula tiga beradik dalam persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri di kampung mereka.
 
Credit To Blog Hiburan Semasa
 

Misiku Kusut - Maya HD (2014)


Seorang jururawat bernama Misah yang kusut sangat terkenal dengan bisnes sempritnya mengelak dari kekusutan di hospital menjelang hari raya dengan pulang bercuti lebih awal di kampung untuk meneruskan perniagaan biskut sempritnya, namun pelbagai insiden berlaku semasa dia di kampung di mana memaksa dia menjalankan tugas jururawat di kampungnya dan tersepit dengan dua jejaka iaitu Dr Joey dan Faris.
 
Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Sunday, 10 August 2014

Yes Boss Raya - TV3 (2014)


Apabila Aryana (Emma Maembong) dan Irham (Fahrin Ahmad) bertukar perwatakan selepas berkahwin, apakah akan berlaku? Aryana menjadi 'bossy' manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Irham mula rapat dengan Nisya (Nur Risteena) yang lemah lembut. Saksikan kesudahan kisah berhari raya antara Aryana dan Irham.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 


Friday, 8 August 2014

Ema Emyliana Raya - TV3 (2014)


Menceritakan tentang pelbagai isu yang dikaitkan dengan Ramadhan, iaitu beberapa hari sebelum hari Raya, (Isu Baju raya & Kuih Raya) Emyliana ingin membantu kawannya yang kurang bernasib baik bernama Faridah dengan menganjurkan konsert amal.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Jauh Dari Cinta - Astro Prima (2014)

Jauh Dari Cinta

Sebuah drama adaptasi dari novel Karyaseni berjudul Jauh Dari Cinta karya Adah Hamidah. Drama ini terbitab Pena Creative Pictures dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Menampilkan gandingan baru lakonan Hafizul Kamal dan Anzalna Nasir di samping Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir dan ramai lagi.

Jauh Dari Cinta mengisahkan Nysa dan Farish merupakan adik dan abang angkat ketika belajar di universiti. Cinta Nysa pernah ditolak Farish. Bagi Farish pula, dia cuba menidakkan saat bahagia di samping Nysa. Ini semua kerana cintanya pada Sara Lilyana.

Namun, mereka disatukan atas ikatan yang ditentukan orang tua mereka. Sukar untuk Nysa menerima Farish. Dia tidak mahu melalui rasa sakit bila cintanya ditolak Akan tetapi, layanan Farish yang mesra di awal pertunangan membuatkan Nysa berubah fikiran. Kesibukan Farish dan keputusan menundakan perkahwinan mereka membuatkan Nysa merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Dia memohon pada Farish supaya tidak hadir pada majlis nikah nanti. Namun, mereka tetap disatukan.


Sakitnya hati Nysa bila Farish membuat pengakuan yang dia menganggap Nysa hanya sebagai adiknya sahaja. Nysa tetap cuba membahagiakan Farish dengan mencari wanita yang Farish sayang iaitu Lily. Nysa terpaksa melepaskan Farish pada Lily. Walaupun Nysa mahu satukan Lily dan Farish, sebenarnya dalam hati Farish hanya ada Nysa seorang. Lily telah lama dilupakan.
Farish yang bengang dengan keputusan Nysa, mahu Nysa yang menguruskan perkahwinannya dengan Lily. Apakah berlaku seterusnya?

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online
Tonton Episod 23 Online
Tonton Episod 24 Online
Tonton Episod 25 Online
Tonton Episod 26 Online
Tonton Episod 27 Online
Tonton Episod 28 Online

TAMAT

Credit to infotaip, Kepala Bergetar, Blog Hiburan Semasa