Pages

Monday 17 November 2014

Syurga Tanpa Cinta Episod - TV1 (2014)

Syurga Tanpa Cinta Episod - RTM

Syurga Tanpa Cinta mengisahkan Lokman pewaris harta Menara holdings sering menerima tekanan dari neneknya Dato' Shamsiah dan ibu tirinya Norisah. Kemalangan yang menimpa Lokman telah membuka mata siapa yang benar-benar ikhlas terhadap dirinya.

Drama arahan Michael Ang ini membariskan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Sharifah Shahora, Ku Frida, Alif Hadi, Hefny Saad, Ahmad Fauzi, Mak Wan, dan Marsha Milan.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

Credit to Blog Hiburan Semasa, Kepala Bergetar, infotaip, moviesinfobsyok

Wednesday 5 November 2014

Kalau Itu Jodoh Kita - TV Al Hijrah (2014)


Kalau Itu Jodoh Kita memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Akhirnya, Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna. Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka. Saksikan lakonan Qi Razali, Uqasha Senrose, Anzalna Nasir dan Pekin Ibrahim.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

TAMAT

Credit to Blog Hiburan Semasa

Sunday 2 November 2014

Interstellar Trailer

Interstellar Trailer

Mathew McConaughey and Anne Hathaway take on the most important mission in human history. You know it's going to be an epic movie when Christopher Nolan’s the mastermind behind it. Yet another thrilling, thought-provoking film by Christopher Nolan that takes us on the ultimate journey into the universe. Watch.

Want to watch more and share it to earn some money, visit 8share.com.

Lihat bagaimana Harith Iskandar 'mengenakan' lelaki ini...

Watch how Harith Iskandar pulled the stinkiest prank on this poor fella…

Anda mungkin tergelak apabila melihatnya, tetapi fikirkanlah, adakah anda akan melakukanya?
Anda pasti tidak mahu terperangkap dengan keadaan seperti ini... Lihat di sini, anda akan tahu kenapa.

Mahu lihat lebih lagi dan kongsikannya untuk mendapat wang sampingan, lawati 8share.com.

Friday 31 October 2014

Selamat Pengantin Madu - Lestary (2014)


Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.

Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.


Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.


Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.


Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira?

Lakonan Fasha Sandha, Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, Ieda Moin, Dilla Ahmad dan Marisa Yasmin.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

TAMAT

Credit to Blog Hiburan Semasa

Tuesday 28 October 2014

Klon Ustaz - Skrin Di 9 (2014)


Seorang pelajar universiti yang hidupnya selalu enjoy dan tidak mempedulikan hal-hal keagamaan. Akhirnya berubah setelah menemui seorang gadis yang baik. Pelajar lelaki berkenaan berusaha untuk memikat gadis berkenaan dangan menyamar menjadi ustaz semata-mata ingin memikat hati seorang perempuan. Dalam penyamaran tersebut tanpa disedari beliau telah betul-betul berubah menjadi orang yang beriman dan percaya kepada agama. Hal ini telah mengembirakan hati kedua orang tuanya. Saksikan kisah lanjut dalam cerita Klon Ustaz. Lokasi pengambaran di sekitar Universiti Malaya. Lakonan Syarul Ridzwan, Roy Azman, Anzalna Nasir dan Man Raja Lawak.

Credit to Blog Hiburan Semasa, Kepala Bergetar

Maaf Jika Aku Tidak Sempurna - Akasia (2014)


Maaf Jika Aku Tak Sempurna mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.

Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut.

Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua.

Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi. Dia benar-benar bencikan Luqman!

Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya.

Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Kerana terpaksa atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. 

Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri? Maaf Jika Aku Tak Sempurna membariskan para pelakon Fahrin Ahmad, Sara Ali, Ika Nabella, Hefny Sahad, Amy Mastura, Zamarul Hisyam, Tasha Shila, Reza Hasbi, Azri AF9, Shella Faeiz, Marr Mohamad dan Sabreena Ibrahim.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online
Tonton Episod 23 Online
Tonton Episod 24 Online
Tonton Episod 25 Online
Tonton Episod 26 Online
Tonton Episod 27 Online
Tonton Episod 28 Online
Tonton Episod 29 Online
Tonton Episod 30 Online
Tonton Episod 31 Online
Tonton Episod 32 Online

TAMAT
Credit to infotaip, Blog Hiburan Semasa