Pages

Thursday, 20 November 2014

Kasih Berbisik - Drama Eksklusif (2014)

Kasih Berbisik - TV3

Kasih Berbisik mengisahkan cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telah pun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? 

Saksikan Kasih Berbisik yang menampilkan barisan pelakon hebat Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri, Nurul Aini, Nick Mikhail dan Demmy Febriana.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

Credit to Blog Hiburan Semasa, moviesinfobsyok, Layan Tv

Bila Hati Berbicara - Akasia (2014)

Bila Hati Berbicara

Bila Hati Berbicara diadaptasikan daripada novel karya Antasya Balqis, mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal daripada latar belakang yang berbeza. Emir Qasya seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.


Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.


Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul. Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.


Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Baby juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

Saksikan kesudahan kisah Bila Hati Berbicara lakonan bintang-bintang muda yang sedang meningkat iaitu Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online
Tonton Episod 23 Online
Tonton Episod 24 Online
Tonton Episod 25 Online
Tonton Episod 26 Online
Tonton Episod 27 Online
Tonton Episod 28 Online
Tonton Episod 29 Online
Tonton Episod 30 Online
Tonton Episod 31 Online
Tonton Episod 32 Online

Credit to Blog Hiburan Semasa

Wednesday, 19 November 2014

Plan B - Aksi (2014)


Plan B mengisahkan tentang 3 pemuda, Khai, Que & Mika yang datang daripada keluarga elit. Mereka berasa diabaikan oleh keluarga dan ini menyebabkan mereka terlibat dalam aktiviti jenayah di atas alasan ingin mencari cabaran dan keseronokan yang baru. Malangnya, satu hari ketika melakukan jenayah, rancangan mereka gagal dan mereka kini menjadi buruan pihak polis. Ketiga-tiganya kemudian dicabar oleh Jim dalam satu pertaruhan lumba kereta tetapi pada masa yang sama tiba-tiba muncul seorang gadis cantik bernama Iris yang turut mencabar mereka berlumba. 

Saksikan drama penuh aksi kereta lumba ini lakonan Shukri Yahaya, Talha Harith, Zoey Rahman dan Nur Risteena Munim.


Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tuesday, 18 November 2014

Jalan Kembali - Selekta Prima (2014)


Mengisahkan watak Tasya dan Amy yang berkawan baik sejak dari sekolah memilih untuk bergaul dengan mat-mat rempit setelah tamat persekolahan. Mereka berdua bergaul rapat dengan geng rempit yang diketuai oleh Keting yang menggelar dirinya sebagai Raja Rempit KL.

Mus pula yang sepatutnya bekerja di syarikat bapanya seronok dengan kehidupannya sendiri iaitu berlumba motor haram. Namun begitu nasib Mus kurang baik apabila Acai, anak didik Keting telah berjaya mengalahkannya dalam satu perlumbaan. Sementara itu, Dani seorang bekas mat rempit yang telah bertaubat setelah dibebaskan dari penjara sejak 3 tahun lalu dan kini bekerja sebagai penghantar surat.

Kisahnya berkembang dengan watak Suria, ibu Tasya sering meleteri anak gadisnya itu kerana kerap melepak di luar hingga lewat malam. Tapi Tasya tetap berdegil. Amy pula resah memikirkan kelakuan bapanya, Razali seorang kaki judi yang menjadikannya sebagai sumber untuk mendapatkan wang. Dalam pada itu, bapa Mus kecewa dengan tindakan Mus yang enggan pergi ke pejabat gara-gara leka dengan aktiviti motornya. Dani bertindak melarikan diri apabila dia terserempak dengan Keting. Keting pula nekad untuk memburu Dani.

Sementara itu, Dani kesal kerana Mus dan rakan-rakan lain enggan menerima nasihatnya agar berhenti berlumba haram. Secara tidak sengaja Dani telah terserempak dengan Acai dan dia telah diugut supaya segera menemui Keting. Dani gelisah memikirkan hutangnya dengan Keting berjumlah RM5 ribu untuk satu perlumbaan 3 tahun lalu sebelum dia dipenjarakan. Acai bergaduh dengan Mus gara-gara dia tidak puas hati dengan kekalahannya dalam satu perlumbaan dengan Mus. Keting yang terkejut dengan kekalahan Acai telah menasihati Acai supaya berhati-hati kerana polis sedang memburunya. Ekoran kejadian yang sama Mus turut diburu polis. Bukti perlumbaan haram mereka itu telah dirakam oleh CCTV. Kedua ibu bapa Mus lega apabila Mus akhirnya menyerah diri di balai polis trafik dan hanya dikenakan denda. Tasya sudak tidak tahan dengan leteran ibunya lalu dia bertindak melarikan diri dari rumah dan menumpang di rumah Amy.

Mus tiba-tiba menyampaikan hasrat untuk berhenti kerja di syarikat bapanya kerana ingin berdikari di luar. Keputusan Mus dibantah oleh bapanya malah dia diberi tempoh 30 hari untuk berfikir semula. Amy marah dengan cadangan Ah Long agar dirinya dipinjamkan kepada mereka selama seminggu untuk selesaikan hutang Razali. Dalam pada itu, Keting yang sudah lama ‘cuci tangan’ menyahut cabaran musuh lamanya Lan Botak untuk berlumba dengannya.

Mus bersimpati dengan masalah keluarga yang dihadapi oleh Amy dan dia sering bantu dari segi kewangan. Razali tiada pilihan lain, dia memujuk Amy untuk dipinjamkan kepada Ah Long selama seminggu demi menyelesaikan hutangnya. Akibatnya Amy nekad mengajak Tasya lari dari rumah dan menyewa bilik di luar. Keting yang bangga dengan gelaran raja rempit KL berang apabila Lan Botak berjaya menewaskannya dalam satu perlumbaan.
Acai naik berang lalu dia menumbuk Dani kerana benci dengan tindakan Dani memujuk Tasya agar membaca buku-buku agama. Tasya marah apabila dia diberitahu tentang Amy dan Acai yang keluar makan bersama. Tanpa Amy sedari Acai sebenarnya menyukai Amy. Amy terkejut dan menolak secara baik demi persahabatannya dengan Tasya. Selain Tasya, Mus turut rasa cemburu dan tuduh Amy perempuan murahan. Mus bertindak menumbuk Acai dan beri amaran. Keadaan menjadi cemas apabila Amy terima panggilan ugutan dari Ah Long. Razali telah disiksa dan dikurung oleh Ah Long.

Amy gelisah dan kusut memikirkan cara untuk melepaskan bapanya dari terus dikurung oleh Ah Long. Keadaan menjadi cemas apabila Amy diperangkap oleh bapanya yang dipaksa untuk menggadaikan Amy kepada Ah Long. Mus terkejut apabila Amy meminta bantuan supaya menyelamatkannya dari buruan Ah Long. Amy mulai rimas apabila dia terpaksa bersembunya dalam bilik sewanya gara-gara diburu Ah Long. Mus resah memikirkan cara untuk bantu Amy selesaikan masalah dengan Ah Long tanpa melibatkan polis.

Amy akhirnya diculik oleh Ah Long ketika dia dalam keadaan terkejut melihat bapanya maut akibat dilanggar kereta. Tanpa berfikir panjang Mus terus buat laporan polis mengenai penculikan Amy. Tasya benar-benar terkejut mendengar berita penculikan Amy dari Mus dan dia turut sama berusaha untuk selamatkan Amy. Kemarahan Keting terhadap Dani semakin membara gara-gara beberapa gengnya sudah berubah kembali ke pangkal jalan.
Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Mampukah mereka kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan seperti biasa? Saksikan kesudahan drama terbitan Skop Production dan arahan Syamsul Yusof ini yang dibintangi oleh Sheera Iskandar, Qazem Nor, Lufya Sheikh Omar, Aznah Hamid dan Dato’ Aziz Singah.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

Credit to Layan Tube

Suamiku Encik Sotong - Maya HD (2014)

Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.

Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

Credit to Layan Tv
 

Monday, 17 November 2014

Syurga Tanpa Cinta Episod - TV1 (2014)

Syurga Tanpa Cinta Episod - RTM

Syurga Tanpa Cinta mengisahkan Lokman pewaris harta Menara holdings sering menerima tekanan dari neneknya Dato' Shamsiah dan ibu tirinya Norisah. Kemalangan yang menimpa Lokman telah membuka mata siapa yang benar-benar ikhlas terhadap dirinya.

Drama arahan Michael Ang ini membariskan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Sharifah Shahora, Ku Frida, Alif Hadi, Hefny Saad, Ahmad Fauzi, Mak Wan, dan Marsha Milan.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

Credit to Blog Hiburan Semasa, Kepala Bergetar, infotaip, moviesinfobsyok

Wednesday, 5 November 2014

Kalau Itu Jodoh Kita - TV Al Hijrah (2014)


Kalau Itu Jodoh Kita memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Akhirnya, Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna. Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka. Saksikan lakonan Qi Razali, Uqasha Senrose, Anzalna Nasir dan Pekin Ibrahim.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

TAMAT

Credit to Blog Hiburan Semasa