Pages

Thursday, 31 July 2014

Simpul Raya - Mustika HD (2014)


Telemovie tentang usaha Yus mencari jodoh sebelum pulang ke kampung agar ibunya berpuashati untuk tidak menjodohkan beliau dengan pilihan ibunya sendiri yang merupakan kakak kepada Tauke. Lakonan Yus Jambu, Tauke Jambu, Emelda Rosmila, Rahim Sepahtu, Hamid Gurkha, Dira Abu Zahar, Fatimah Adrika, Ruzita Ahmad.

Credit to Layan Tv
 

Bibik I Artis - TV3 (2014)


Mengisahkan bibik Mek telah menghadiri satu sesi uji bakat secara rahsia. Dia telah menerima beberapa tawaran berlakon. Apabila majikannya, Puan Murni mendapat tahu, dia tidak berapa gemar akan hal itu kerana dikhuatiri bibik Mek tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Namun akhirnya, Puan Murni mengalah apabila dia dipecat oleh syarikatnya atas faktor krisis kewangan dan bibik Mek pula yang mengupahnya sebagai pembantu peribadi. Lakonan Nelydia Senrose, Norman Hakim, Sharifah Shahora.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Megalawak 2013 - Mustika HD (2014)


Saksikan pelawak-pelawak dari Malaysia dan Singapura di atas satu pentas dengan sketsa dan jenaka mereka. Saksikan Jambu (Yus & Tauke), Zizan, Shiro (Sharol & Ajak), Didie Alias, Suhaimi Yusof, Husin Saaban.

Credit to Layan Tv

Wednesday, 30 July 2014

Ustaz Ku Takut Kau Datang - Maya HD (2014)


Shuib dan Harun merupakan dua orang sahabat baik yang nakal sifat mereka, tetapi sedang mencuba berhijrah menjadi orang yang baik. Shuib seorang Mat Despatch sementara Harun seorang bekas penyeluk saku yang sudah insaf. Pelakon Ajak Shiro, Yus Jambu, Ustaz Dini, Rahim Sepahtu, Along Eyzendy, Henzi Andalas, CT Chubby, Adiba Yunus.

Credit to Layan Tv
 

Jangan Ambil Lembu Kami - TV3 (2014)


Drama terbaru di TV3 sempena bulan ramadan ini bertajuk Jangan Ambil Lembu Kami akan bersiaran setiap hari Ahad jam 6.30 petang mulai 29 Jun ini. Drama ini dilakonkan oleh Noor Khiriah, Syafie Naswip,  Ben Laden dan ramai lagi. 
Ali, 11 tahun membantu Pak Kassim menjaga lembu-lembunya. Ali mempunyai seekor lembu yang amat disayanginya iaitu Badang. Suatu hari, Ali terkejut apabila mendapati Badang telah hilang di kandang. Sejak itu, Ali tertekan dan dia telah demam kerana terlalu rindu kepada Badang.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Jangan Ambil Lembu Kami Raya Online

Credit to infotaip, Blog Hiburan Semasa

Idola Kecil Ultra Raya - TV9 (2014)


Idola Kecil Ultra Raya 2014 ini menampilkan enam finalis Idola Kecil Ultra yang juga merupakan diva bagi Anugerah Syawal TV9 menyanyikan lagu-lagu Raya. Enam finalis tersebut terdiri daripada juara Idola kecil Ultra Danial, Azzam, Harriz, Balqis, Eeqah dan Afiq.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Baju Raya Yaya - TV3 (2014)


Telemovie terbaru istimewa hari raya aidilfitri tahun ini berjudul Baju Raya Yaya. Yaya seorang yang berprinsip dan mempunyai seorang adik bernama Mimi. Mimi yang mempunyai teman lelaki takut untuk memberitahu kakaknya dia mempunyai teman lelaki. Justeru itu, teman elaki Mimi harus memikat hati Yaya dahulu. Drama ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Amyra Rosli, Azlee Khairi, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua terbitan Primeworks Studios.

Credit to Blog Hiburan Semasa