Pages

Friday, 29 August 2014

Cerita Cinta Kita - Drama Eksklusif (2014)


Drama Cerita Cinta Kita yang berlatar-belakangkan tahun 80-an ini menyingkap sebuah cinta agung antara Adam (Aeril Zafrel) dan Salmah (Wawa Zainal). Semarak cinta mereka bermula ketika Adam berumur 24 tahun manakala Salmah berusia 19 tahun sehingga ke usia tua walaupun mereka berdua terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk bersatu.

Keluarga Salmah membantah hubungan cinta mereka kerana perbezaan darjat. Ketika itu, Salmah sedang menuntut di sebuah Maktab Perguruan. Dalam usaha untuk memisahkan Adam dan Salmah, keluarga Salmah telah membawa Salmah pulang dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Lumpur. Adam dan Salmah telah menulis surat untuk terus berhubung tetapi sayangnya surat-surat tersebut telah ditahan dan disimpan oleh ibu Salmah, Melati.

Lima tahun berlalu tanpa khabar berita tetapi Adam tetap merindui dan mencintai Salmah. Salmah pula menganggap Adam telah melupakannya. Dia yang kini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital telah dijodohkan dengan Dr. Khairudin (Dazrin Kamarudin). Ibu Salmah, Melati gembira dan lega selepas Salmah berkahwin dengan Dr. Khairuddin kerana ia bukan sahaja memberi jaminan masa depan kepada Salmah tetapi juga membantu menyelesaikan kemelut kewangan keluarga mereka selepas ayah Salmah meninggal dunia.

Adam telah bekerja keras demi membeli rumah pusaka yang diidami oleh Salmah. Selepas itu, Adam berusaha mencari Salmah di Kuala Lumpur namun dia sungguh kecewa apabila mengetahui hakikat bahawa Salmah telah berkahwin. Salmah pula menjumpai surat-surat Adam yang disimpan oleh ibunya dan akhirnya faham kenapa dia tidak menerima khabar berita daripada Adam selama ini.

Adam membuat keputusan untuk menjual rumah pusaka tersebut. Dia tidak menyangka bakal pembeli rumah itu ialah Dr. Khairudin dan Salmah. Salmah telah memberitahu Adam apa yang telah dilakukan oleh ibunya terhadap mereka. Pertemuan Adam dan Salmah semula telah memberikan harapan kepada Adam. Mereka kembali berhubung tetapi menjaga batas pergaulan.

Dr Khairudin yang marah dengan hubungan Adam dan Salmah telah bergaduh dengan Salmah dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur. Kereta mereka terbabas. Dr Khairudin terbunuh manakala Salmah pula koma. Kematian Dr Khairudin juga membongkar rahsia bahawa dia telah berkahwin dengan Rokiah dan mempunyai 2 anak.

Salmah kini hilang tempat untuk bergantung. Demi cinta, Adam telah memindahkan Salmah yang mengalami amnesia ke pusat jagaan malah Adam juga terpaksa berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur untuk menjaga Salmah. Adam mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Salmah pada usia hampir lewat 30an.

Namun kebahagiaan yang dinikmati oleh Adam dan Salmah tidak berpanjangan kerana ingatan Salmah semakin merosot. Adam terpaksa mengulang setiap kisah yang mereka pernah lalui bersama setiap hari kepada Salmah. Mungkinkah satu hari nanti, Salmah akan lupa siapakah Adam dalam hidupnya?

Drama 20 episod ini dibawah arahan Azmi Hatta dan hasil nukilan skrip oleh Zarihah Hassan terbitan oleh Orange Tree Production. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Ika Nabilla, Dazrin Kamarudin, Liza Abdullah, Razak Ahmad dan ramai lagi yang bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online

TAMAT
 
Credit to Kepala Bergetar, infotaip, Blog Hiburan Semasa

Sunday, 24 August 2014

Nenek Ranggi - Cerekarama (2014)


Keseronokan Azita untuk menerima menantu terbantut apabila dia termakan hasutan pembantu butiknya, Yam Becok bahawa dia akan menjadi nenek pada usianya 41 tahun. Saksikan kesudahan kisah mereka. Lakonan Maria Farida, Lufya Luvya, Shukri Yahaya, Dilla Ahmad, Farisha Irwayu dan Maya Matahari.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Monday, 18 August 2014

Sepahtu Kepok Bonda - Mustika HD (2014)


Mengisah Pak Ya Mempunyai dua orang anak lelaki yang agak malas, Jep dan Shuib selalu bangun lewat dan jarang membantu kerja-kerja rumah. Pada suatu malam kedua-dua anak lelaki tersebut telah melihat ayah mereka dalam keadaaan kesedihan kerana belum dapat menunaikan hasrat untuk membina kepok untuk arwah isterinya. Lalu timbul keinsafan di dalam diri mereka dan bertekad mencari duit untuk membantu ayah mereka dengan membuat pelbagai pekerjaan di kampung mereka. Satu hari ketika membantu mak Dara menjemur kain, mereka terpandang seorang gadis cantik iaitu Elly anak kepada Mak Dara, maka bermulalah episod percintaan masing-masing untuk menawan hati Elly. 

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Sunday, 17 August 2014

Berikan Aku Jilbab - Cerekama (2014)


Insyirah menerima tawaran sebagai cikgu tadika di Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan ke sana, Insyirah dirogol seorang lelaki yang tidak dikenali. Lebih malang lagi, Insyirah ditipu oleh Tunku Asmadi yang mengambil kesempatan ke atasnya. Tunku Asmadi menidurinya dan memberikan wang pampasan sebanyak RM 1,000 . Selepas kejadian itu, Insyirah mengenakan jilbab untuk memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang cikgu. Insyirah berkenalan dengan Corrolina, isteri kepada Tunku Asmadi. Insyirah memulakan rancangan untuk membalas dendam terhadap Tunku Asmadi dengan menyamar sebagai Kay. Lakonan Syatilla Melvin, Keith Foo, Raisha Rania (Felixia Yeap), Fizz Fairuz.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Spain Uoolss - TV3 (2014)


Telemovie sempena Hari Raya ini bertajuk ‘Spain Uoolss’ dilakonkan oleh Eirma Fatima, Nora Danish, dan Shaheizy Sam. Cerita yang mengisahkan Mak Cun yang sesat di perantauan.

Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya. Apa akan terjadi kepada Mak Cun?

Credit to Blog Hiburan Semasa
  

Friday, 15 August 2014

Raya Kosong Kosong - Maya HD (2014)


Kisah ini menceritakan tentang tiga orang adik beradik perempuan, Azah, Azie, Azu. Walaupun mereka adik beradik, mereka sering berjauhan dan tidak rapat. Ibu bapa mereka, Pak Razif dan Mak Salmah berpeluang untuk ke umrah pada bulan Ramadhan yang akan datang. Tontonlah pertemuan semula tiga beradik dalam persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri di kampung mereka.
 
Credit To Blog Hiburan Semasa
 

Misiku Kusut - Maya HD (2014)


Seorang jururawat bernama Misah yang kusut sangat terkenal dengan bisnes sempritnya mengelak dari kekusutan di hospital menjelang hari raya dengan pulang bercuti lebih awal di kampung untuk meneruskan perniagaan biskut sempritnya, namun pelbagai insiden berlaku semasa dia di kampung di mana memaksa dia menjalankan tugas jururawat di kampungnya dan tersepit dengan dua jejaka iaitu Dr Joey dan Faris.
 
Credit to Blog Hiburan Semasa