Pages

Tuesday, 29 July 2014

Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya - TV3 (2014)


Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya mengisahkan Firash (Izzue Islam) dan Syafa (Tiz Zaqyah) telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Errand dan Rieya. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Bagaimanakah Firash berhadapan dengan situasi baharu ini? . Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Shidah, kawan dari kecil Firash muncul dari luar Negara dan Shidah meluahkan perasaan suka kepada Firash. Apa akan terjadi kepada rumah tangga Firash dan Syafa?

Credit to Blog Hiburan Semasa

Love You Mr. Arrogant Raya - TV3 (2014)


Love You Mr. Arrogant Raya mengisahkan kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Sherry yang dulunya jahat muncul semula. Adakah Sherry akan buat perkara yang sama?

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Yang Mana Satu - TV3 (2014)


Yang Mana Satu mengisahkah dua calon suami iaitu Kamal dan Radzi telah diberi tempoh 10 hari untuk memikat Liza.Mereka mencuba pelbagai taktik untuk menawan hatinya tetapi Liz tidak mempunyai perasaan terhadap mereka.
Lakonan Anzalna Nasir,  Zoey Rahman, Kamal Adli, Shukri Yahaya dan ramai lagi.

Credit to Bloog Hiburan Semasa
 

Sunday, 27 July 2014

Cinta Ramadan - Cerekarama (2014)


Adam dan Aishah telah dijodohkan oleh keluarga masing-masing tetapi kedua-duanya tidak mahu menamatkan zaman bujang. Ibu Aishah telah berlakon kononnya dia jatuh sakit manakala bapa Adam pula tidak akan mewariskan harta kepada Adam jika Adam tidak mahu menerima Aishah. Sebulan kemudian, Adam dan Aishah telah berkahwin dan bermulalah pelbagai konflik dalam rumah tangga mereka. Menjelang Ramadan, mereka memohon diberi keberkatan dan diberikan petunjuk tentang rumah tangga mereka. Saksikan lakonan mantap Azlee Khairi, Amyra Rosli, Arash Mohamad, Jasmin Hamid, Hilal Azman, Zarina Zainuddin and Aisya Hasnaa.

Credit to Layan Tv
 

Saturday, 26 July 2014

Raya Ni Mesti Kahwin - TV3 (2014)


Raya Ni Mesti Kahwin mengisahkan Nana yang tertekan apabila rakan serumahnya, Kartini dan Yuni telah bertunang dan bakal bernikah selepas Hari Raya. Mak Piah sering mendesak Nana supaya cepat berkahwin. Akhirnya, Nana membuat keputusan untuk mencari calon suaminya sebelum Hari Raya bakal tiba. Pelakon terdiri daripada Shah Iskandar, Azlee Khairi, Amar Asyraf dan Nina Iskandar. Saksikan Raya Ni Mesti Kahwin mulai 29 Jun 2014 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9.30mlm di TV3.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online 
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online 
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
  
TAMAT
 
Credit to Blog Hiburan Semasa, Kepala Bergetar

Friday, 25 July 2014

Ramadan Jangan Pergi - Samarinda (2014)


Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman Rahman sebagai pelakon utama. Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo membariskan pelakon Siti Saleha, Firdaus Rahman, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani dan ramai lagi.

‪‎Ramadan Jangan Pergi ‬mengisahkan Farah (Siti Saleha) berkahwin dengan Johan (Firdaus Rahman) pada usia muda tanpa direstui oleh kedua-dua belah keluarga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka mula renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia (Lufya Lulu). Lebih memburukkan lagi keadaan, ibu Johan, Mariana (Sheila Rusly) menuduh Farah menggunakan ilmu hitam ke atas keluarganya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani (Catriona Ross). Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
 
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online

TAMAT
 
Credit to infotaip, Kepala Bergetar, Blog Hiburan Semasa

Thursday, 24 July 2014

Azam Ramadan Su - TV3 (2014)


Azam Ramadan Su akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 12.30 tengahari hingga 1.30 tengahari terbitan Radius One. Menampilkan Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli.

Azam Ramadan Su mengisahkan seorang ibu berkerjaya yang mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod. Su (Rita Rudaini) dikurniakan 2 orang anak, Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman (Faizal Hussein). Su merupakan seorang wanita berkerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resipi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik apabila melihat kemesraan anak-anaknya bersama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bulan puasa. Berjayakah Su?

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online 
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
     
 TAMAT
 
Credit to Blog Hiburan Semasa, Kepala Bergetar