Pages

Friday 25 July 2014

Ramadan Jangan Pergi - Samarinda (2014)


Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman Rahman sebagai pelakon utama. Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo membariskan pelakon Siti Saleha, Firdaus Rahman, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani dan ramai lagi.

‪‎Ramadan Jangan Pergi ‬mengisahkan Farah (Siti Saleha) berkahwin dengan Johan (Firdaus Rahman) pada usia muda tanpa direstui oleh kedua-dua belah keluarga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka mula renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia (Lufya Lulu). Lebih memburukkan lagi keadaan, ibu Johan, Mariana (Sheila Rusly) menuduh Farah menggunakan ilmu hitam ke atas keluarganya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani (Catriona Ross). Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
 
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online

TAMAT
 
Credit to infotaip, Kepala Bergetar, Blog Hiburan Semasa

No comments:

Post a Comment