Pages

Wednesday, 30 July 2014

Kampung Girl Raya - TV3 (2014)


Ain sedang sarat mengandung dan mengidam pelbagai makanan yang pelik seperti daging unta, cempedak dan daging landak. Asyraf cuba memenuhi permintaannya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tuesday, 29 July 2014

Pontianak Teng Teng - TV3 (2014)


Pontianak Teng Teng mengisahkan tentang seorang janda jelita yang bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya. Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka. Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya. Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya? Pelakon Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu dan Shah Tapaw.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Tolong Aku Nak Puasa - Maya HD (2014)


Tolong, Aku Nak Puasa berkisarkan tentang Amir seorang mat rempit yang sering berjanji ingin berubah tetapi tidak pernah berubah sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Semua janjinya tidak membuahkan hasil yang positif. Amir masih dengan sikapnya yang tidak bersungguh dalam perkerjaan bahkan sering bertukar kerja. Lakonan Farid Kamil, Faralyna Idris, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Rashidah Jaafar, Epy Kodiang, Mie Raja Lawak, Iskandar Md Nor.

Credit to Layan Tv





Jejak Rasul 20 - TV3 (2014)


Saksikan kisah sejarah silam dan perjuangan para Nabi dan Rasul dalam mengembangkan ajaran Allah di bumi ini dalam Jejak Rasul 20 - Rehlah Dua Daie sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online

TAMAT 
 
Credit to Kepala Bergetar

Mujibur Mari - Mustika HD (2014)


Dari Bangladesh, akhirnya cita-cita Mujibur untuk bekerja di Malaysia berjaya. Dia kini bekerja sebagai penjual karpet di kedai milik Babu dan antara tugasnya ialah menghantar karpet menaiki motor EX5, dan adakalanya membawa van bersama rakan-rakan Bangladeshnya. Mujibur jatuh cinta kepada kepada Nina, adik kepada Ajak. Nina suka kepada Mujibur kerana sifat Mujibur yang kelakar, jujur dan tak pernah tinggal solat dan rajin kerja. Namun begitu hubungan ini telah ditentang sekeras kerasnya oleh Ajak kerana enggan mendapat adik ipar Bangla. Ajak mempunyai banyak hutang telah melakukan pelbagai cara untuk memisahkan hubungan mereka. Mujibur kecewa dan mahu balik Bangladesh. Ajak pula diugut percepat bayar hutang. Jika tidak seluruh keluarganya akan menjadi mangsa. Nina takut dan memberitahu Mujibur. Secara senyap, Mujibur membayarkan hutang Ajak tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Nina. Hasil jualan karpet itulah Mujibur korbankan untuk bayarkan hutang Ajak. Lakonan Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Natasha Elyzza, Ilya Buang, Cacha RL, Kathy Azean, Pak Chu RL, Lan Toyol.

Credit to Layan Tv
 

Rock Sangkut - Maya HD (2014)


Rock Sangkut adalah berorientasikan komedi tele dan agama. Ia adalah kisah tiga pemuda dari kampung yang bercita-cita tinggi untuk menubuhkan sebuah band rock. Mereka perlu melalui pelbagai sakit dan pahit dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita mereka. Takdir menjadikan mereka tidak menjadi kumpulan rock, tetapi sekumpulan nasyid terkenal di Malaysia. Para pelakon Along Cham, Hazama, Joey Daud, Kamarol Hj Yusof, Kaza, Deen Maidin, Mak Jah, Achey.

Credit to Layan Tv
 

Kimchi Raya - TV9 (2014)

 
 
Mengisahkan Jihan, bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat agensi perlancongan, sangat meminati rancangan dan drama Korea, berangan-angan untuk berhari raya di Korea, sehinggakan suatu hari dia memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke Korea dalam satu pertandingan, kebetulan tarikh tiket penerbangan ke Korea jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Pelakon Nad Zainal, Syahrul Ridzwan, Norish Karman, Shah Iskandar, Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu, Shah Tapaw, Man Raja Lawak, Fendi Seman, Amir Raja Lawak.
 
Credit to Blog Hiburan Semasa