Pages

Tuesday 29 July 2014

Mujibur Mari - Mustika HD (2014)


Dari Bangladesh, akhirnya cita-cita Mujibur untuk bekerja di Malaysia berjaya. Dia kini bekerja sebagai penjual karpet di kedai milik Babu dan antara tugasnya ialah menghantar karpet menaiki motor EX5, dan adakalanya membawa van bersama rakan-rakan Bangladeshnya. Mujibur jatuh cinta kepada kepada Nina, adik kepada Ajak. Nina suka kepada Mujibur kerana sifat Mujibur yang kelakar, jujur dan tak pernah tinggal solat dan rajin kerja. Namun begitu hubungan ini telah ditentang sekeras kerasnya oleh Ajak kerana enggan mendapat adik ipar Bangla. Ajak mempunyai banyak hutang telah melakukan pelbagai cara untuk memisahkan hubungan mereka. Mujibur kecewa dan mahu balik Bangladesh. Ajak pula diugut percepat bayar hutang. Jika tidak seluruh keluarganya akan menjadi mangsa. Nina takut dan memberitahu Mujibur. Secara senyap, Mujibur membayarkan hutang Ajak tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Nina. Hasil jualan karpet itulah Mujibur korbankan untuk bayarkan hutang Ajak. Lakonan Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Natasha Elyzza, Ilya Buang, Cacha RL, Kathy Azean, Pak Chu RL, Lan Toyol.

Credit to Layan Tv
 

No comments:

Post a Comment