Pages

Wednesday, 22 October 2014

Semontel Cinta Kita - TV9 (2014)


Kehidupan Zulia menjadi kalut apabila suaminya Osman berubah penampilan, berdiet dan sentiasa wangi. Zulia cemas apatah lagi bila teman baiknya, Marlia bercerita mengenai ragam lelaki yang semakin laku dan diminati wanita apabila usia menjejak 40 tahun. Zulia tekad untuk mengamalkan diet ketat kerana risau suaminya ingin beristeri muda, hingga merubah sikapnya menjadi seorang isteri yang pemarah dan pemalas. 

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Syanie, Dottie, Muniff, Sari Yanti, Amyza Adnan, Mursyed Anak Wayang dan ramai lagi.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Tuesday, 21 October 2014

Misiku Kuza 2 - Maya HD (2014)

Misiku Kuza

Mengisahkan suka duka kehidupan pelatih jururawat di sebuah kolej jururawat di ibu negara. Khuzaimah atau dengan nama panggilannya Kuza seorang gadis yang begitu meminati bidang kejururawatan. Sedari kecil dia bercita-cita menjadi seorang jururawat yang disegani. Azam Kuza waktu itu ialah mahu mengangkat martabat jururawat sebagai satu profesyen yang paling disegani. Pelbagai kerenah masyarakat terutamanya yang perlu dihadapi daripada kalangan pelatih pelatih yang lain.
 
Misiku Kuza 2 masih menampilkan Erin Malek, Arja Lee, Hairul Azreen, Zulina Aziz dan Sherry Abdullah. 

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

TAMAT

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Monday, 20 October 2014

Oh My English! Musim 3 - Maya HD (2014)


Para peminat siri ini pastinya teruja tatkala SMK Ayer Dalam akan menerima barisan pelajar, guru dan seorang pegawai keselamatan yang baru. OME! Musim Ketiga akan menampilkan barisan bakat baru dan juga veteran yang sangat berpengalaman dalam industri hiburan. 

Pelakon terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy akan bergandingan dengan seorang pelakon yang melonjakkan namanya menerusi lakonan mantap dalam drama ‘Adam & Hawa’ iaitu Nadiya Nisaa.

Seorang pelakon jelita tanah air yang berjaya mencipta nama menerusi lakonan beliau dalam beberapa siri drama Filipina iaitu Carmen Soo juga akan turut serta di dalam siri ini bersama pelakon komedi yang hebat iaitu Rahim Sepahtu.

OME! Musim Ketiga juga akan memperkenalkan bakat-bakat baru yang semakin meningkat naik antaranya Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Juzzthin dan juga Sherry Alhadad yang pastinya akan menyuntik kemeriahan dengan telatah dan gelagat mereka di samping mengetengahkan elemen pendidikan dan juga pengajaran nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada rancangan ini.

Selain daripada barisan pelakon utama yang sedia ada, terdapat ramai selebriti popular tanah air yang akan turut membuat penampilan khas sepanjang musim baru ini antaranya Faizal Hussein, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare yang pastinya akan menggamatkan lagi suasana. Pastikan anda terus menonton kesemua 20 episod untuk musim ketiga ini bagi mengetahui watak yang akan dibawa oleh barisan pelakon baru dan penampilan khas ini.

Antara barisan pelakon yang membintangi OME! musim ketiga adalah Akhmal Nazri, Roax Tan, Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Rahim Sepahtu, Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nisaa, Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Juzzthin

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online
Tonton Episod 23 Online

TAMAT

Credit to Layan Tv

Saturday, 18 October 2014

Anugerah Planet Muzik 2014 - Maya HD (2014)


Anugerah Planet Muzik 2014 (APM 2014) yang memberi pengkitirafan kepada bakat-bakat dalam industri muzik Melayu serantau (Malaysia, Singapura, Indonesia) diadakan di Suntec Singapura pada 17 Oktober.

Credit to Layan Tv
 

Wednesday, 15 October 2014

Asparagus - TV1 (2014)


Telemovie Asparagus mengisahkan 3 orang wanita yang ingin bersuamikan orang muda sedangkan usianya sudah lanjut. Mereka merupakan sahabat dalam suatu perniagaan kecantikan. Pelbagai cara dilakukan untuk memenuhi hasrat masing-masing dan menunjukkan siapakah antara mereka yang hebat. Lakonan Jasmin Hamid, Amyza Adnan, Zila Bakarin dan Fattah Amin.

Credit to Layan Tv
 

Tuesday, 14 October 2014

Melarik Awan - Azalea (2014)

Melarik Awan - Azalea

Kehidupan Fatihah mula diuji dengan kematian ibu tersayang kerana penyakit barah payudara. Oleh kerana tidak mahu bapanya, Harun tinggal sendirian Fatihah melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran. Dia juga tidak mahu Harun merasa terbeban. Setelah kematian Rabiah, Harun sering sahaja didekati oleh Zaiton. Entah kenapa Harun terlalu mudah menerima kehadiran Zaiton walaupun pada mulanya Harun telah berjanji kepada Fatihah tidak akan menduakan arwah ibunya.

Pada mulanya Fatihah amat sukar menerima kenyataan bahawa dia akan menerima seorang ibu tiri dan akan menjadi kakak tiri kepada Areya. Areya sering sahaja bersikap jahat terhadap Fatihah. Tanpa pengetahuan Fatihah dan Harun sebenarnya Zaiton telah lama menaruh hati terhadap Harun tetapi Rabiah terlebih dahulu telah merebut hati Harun. Semenjak itu Zaiton bertekad untuk mendapatkan Harun dengan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan khidmat bomoh.


Fatihah sekali lagi diuji selepas perkahwinan Harun dan Zaiton apabila ayahnya mengalami kemalangan yang mengakibatkan lumpuh dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Akhirnya Zaiton telah menunjukkan belangnya apabila dia mengusir Fatihah dari rumah dan menjualnya kepada Rayyan, anak orang kaya yang ingin membeli tanah milik Harun. Pada mulanya Fatihah tidak mahu tetapi Zaiton tetap menghalaunya untuk membolot harta peninggalan arwah suaminya. Zaiton juga turut melemparkan pelbagai fitnah terhadap Fatihah sehingga Rayyan amat benci dan memberi layanan buruk kepada Fatihah. Hanya ibu bapa dan adik Rayyan, Haziq yang melayan Fatihah dengan baik.


Apakah yang akan terjadi kepada Fatihah yang dipaksa menjadi orang gaji di rumah Rayyan, lelaki yang tidak pernah dikenalinya? Saksikan drama bersiri terbaharu berjudul
Melarik Awan menampilkan barisan pelakon Dayana Roza, Aizat Hassan, Shiqin Kamal, Ammar Titan, Anne Abdullah, Sheila Mambo dan Zulkifli Ismail.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online

Tonton Episod 03 Online

Tonton Episod 04 Online

Tonton Episod 05 Online

Tonton Episod 06 Online

Tonton Episod 07 Online

Tonton Episod 08 Online

Tonton Episod 09 Online

Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online

Tonton Episod 13 Online

Tonton Episod 14 Online

Tonton Episod 15 Online

Tonton Episod 16 Online

Tonton Episod 17 Online

Tonton Episod 18 Online

Tonton Episod 19 Online

Tonton Episod 20 Online


TAMAT

Credit to Blog Hiburan Semasa

Monday, 13 October 2014

Sebuah Pangkin Kayu - Maya HD (2014)

 

Mengisahkan tentang percintaan diantara Omar (Syukri Yahya) dan Dila (Nabila Huda) yang terhalang kerana perbezaan darjat.Setelah bercinta ketika zaman persekolahan, Omar dan Dila terpaksa berpisah bila Dila melanjutkan pelajaran ke luar dan Omar tinggal di kampung.

Ketika cuti semester, Dila kembali ke kampung untuk menyambung semula kisah cintanya dengan Omar tetapi dihalang oleh ayah Dila kerana Dila adalah lulusan universiti manakala Omar hanya nelayan.


Kesungguhan Dila untuk bersama Omar menyebabkan berlaku pertengkaran antara dia dan ayahnya hingga berlaku kemalangan yang menyebabkan Dila amnesia. Kini terpulang kepada Omar untuk membantu Dila pulihkan ingatannya.


Pelakon: Nabila Huda, Syukri Yahya, Nasir Bilal Khan, Ruminah Sidek

Credit to Layan Tv