Pages

Sunday, 29 June 2014

Kisah Hidup Jai - Cerekarama (2014)

Kisah Hidup Jai - 28 Jun 2014

Saksikan telemovie Kisah Hidup Jai yang dibintangi oleh Izzue Islam, Nad Zainal, Normah Damanhuri, Faralyna Idris, Zul Yahya, Talha Harith dan beberapa pelakon lain. Mengisahkan kehidupan Jai sebagai seorang penjenayah berubah apabila dia bertemu rakan lamanya Chal yang mengupah dia bekerja.

Credit to Kepala Bergetar

Wednesday, 25 June 2014

Masihkah Ada Cinta - Samarinda (2014)


Drama Masihkah Ada Cinta mengisahkan Azril (Shah Iskandar) meninggalkan Tina (Nabila Huda) tanpa sempat menamatkan pengajian dan sebab yang nyata. Mujur ada rakan-rakan yang banyak memberikan semangat untuk Tina meneruskan pengajian sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Azril merupakan lelaki dan cinta pertamanya. Sukar untuk Tina melupakan memori indah sewaktu bersama. Walaupun telah bertahun berlalu tapi parut luka masih terasa membuatkan Tina berhati-hati dalam memilih pasangan. Cintanya kini hanyalah pada kerjaya setelah kehilangan Azril dan kedua ibubapanya akibat kemalangan.

Iman (Amar Asyraf) seorang doktor muda yang bertugas di Taiping, Perak, tempat kelahirannya. Ramai yang meminatinya terutama rakan sekerja tapi Iman lebih senang fokus pada kerjaya dan keluarganya buat masa kini. Semenjak kematian ayahnya, Dato' Imran, dia menjadi ketua keluarga menjaga ibunya, Datin Maimon dan kakak kesayangannya, Leen (Elizad Sharifuddin), yang tidak berapa sihat sejak kemalangan. Leen memerlukan lebih perhatian kerana menghadapi tekanan perasaan akibat kecacatan.

Datin Maimon sendiri sudah kering air mata melihat penderitaan Leen yang adakalanya mengamuk dan suka bercakap bukan-bukan kesan dari pembedahan mengeluarkan darah beku dalam kepalanya. Mujur suaminya begitu tabah menjaga dan melayan kerenah Leen bila ada kelapangan. Dia akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Taiping menguruskan perniagaan keluarga. Anak tunggal mereka, Dhia, terpaksa diuruskan oleh Datin Maimon bersama Iman.

Liya (Fouziah Gous) merupakan sepupu kepada Iman. Mereka amat rapat semenjak kecil sehinggakan Pak Long berharap sangat mereka dapat disatukan apabila dewasa kelak. Iman sebenarnya tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Liya.  Sikap Liya agak sosial dan sombong apabila menetap di kota. Hingga kini, Liya masih memendam perasaan pada Iman dan berharap impiannya untuk berkahwin dengan Iman menjadi kenyataan. Pak Long telah banyak berkorban untuk keluarga Datin Maimon semenjak adiknya itu kematian suami.

Liya telah pulang ke kampung dengan alasan ingin menjaga rumah pusaka yang telah lama ditinggalkan dan jemu hidup di kota. Liya ingin mencari Iman setelah hatinya terluka dengan beberapa lelaki bandar. Dia ingin ingin menyambung ikatan mereka yang terputus apabila masing-masing melanjutkan pelajaran. Untuk mengeratkan hubungannya dengan Iman, Liya telah memaksa ayahnya untuk membuka pusat taska.

Tina mendapat sepucuk surat menyatakan dia akan ditukarkan ke Taiping, Perak. Selama ini dia hanya mengetahui tentang keindahan Taiping hanya melalui Iman yang ditemui ketika berkursus beberapa bulan lalu anjuran Jabatan Kesihatan. Tina berharap Iman akan membantunya di sana nanti.

Iman amat senang bersama Tina kerana mereka boleh berbincang apa saja dari soal kerjaya sehinggalah kehidupan, ini boleh meredakan tekanan yang dihadapi terutamanya soal kakaknya, Leen dan Liya yang amat merimaskan hidupnya.

Setelah sekian lama Iman berusaha memenangi hati Tina, akhirnya Tina bersedia menerima Iman. Iman telah melamar Tina ketika mereka sama-sama berada di puncak Bukit Larut. Iman banyak mengembalikan kegembiraan dalam hidupnya. Liya kecewa, dia pura-pura sakit apabila mendapat tahu Iman akan bertunang dalam masa terdekat ini.

Iman telah membawa Tina bertemu dengan keluarganya. Leen gembira akhirnya Iman telah bertemu dengan seorang gadis yang mampu membuka pintu hatinya. Selama ini masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan keluarga tanpa menghiraukan masa depan. Tina merasa sebak apabila Leen mintanya berjanji supaya tidak melukakan hati Iman. Leen juga berharap Tina dapat menjaga Dhia sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya.

Liya telah menelefon ayahnya kerana tidak puas hati layanan Iman padanya semenjak kedatangan Tina. Pak Long pergi ke rumah Datin Maimon untuk menuntut janji sebelum ini iaitu bercadang untuk menyatukan Iman dan Liya apabila sampai masanya. Sekiranya terjadi apa-apa pada Liya, Pak Long tidak akan melepaskan Iman begitu saja. Dia sudah banyak berkorban untuk Iman. Apakah yang bakal berlaku selanjutnya?

Saksikan drama bersiri Masihkah Ada Cinta di slot Samarinda yang menampilkan Amar Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous dan Shah Iskandar mulai 8 Mei 2014 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Epsiod 02 Online
Tonton Epsiod 03 Online
Tonton Epsiod 04 Online
Tonton Epsiod 05 Online
Tonton Epsiod 06 Online
Tonton Epsiod 07 Online
Tonton Epsiod 08 Online
Tonton Epsiod 09 Online
Tonton Epsiod 10 Online
Tonton Epsiod 11 Online
Tonton Epsiod 12 Online
Tonton Epsiod 13 Online
Tonton Epsiod 14 Online
Tonton Epsiod 15 Online
Tonton Epsiod 16 Online
Tonton Epsiod 17 Online
Tonton Epsiod 18 (Akhir) Online

Credit to Cerita Semasa, Kepala Bergetar

Monday, 23 June 2014

Abang Samseng Jemur Kain - Cerekarama (2014)


Abang Samseng Jemur Kain - 21 Jun 2014

Marzuki merupakan seorang samseng dan sebagai samseng dia sangat ditakuti. Akan tetapi apabila isterinya, Elyana menelefon dia akan menjawab dengan manja. Saksikan kesudahan Abang Samseng Jemur Kain. Pelakon terdiri daripada Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Zul Yahya, Cat Farish, Jalil Hamid, Fauziah Nawi dan penampilan istimewa Imam Muda Hassan. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014

Friday, 20 June 2014

Bidadari Walid - Skrin Di 9 (2014)

Bidadari Walid – 16 Jun 2014

Bidadari Walid merupakan sebuah cereka yang membuktikan tentang keagungan kasih seorang ayah kepada seorang anak. Keagungan kasih sayang ini terbukti apabila si ayah sanggup menanggung pelbagai halangan untuk membesarkan anak yang diamanahkan kepadanya. Namun, selepas pelbagai rintangan ditempuhi hubungan yang akrab ini musnah dek kerana si ayah merahsiakan status diri anak itu. Bermula dari ini Aleesya Qaisara membenci Daniel hingga tergamak menyuruh ayahnya pergi jauh dari kehidupannya. Aleesya akhirnya menyedari kesilapannya selepas membaca sepucuk surat yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Aleesya bergegas ke rumah Daniel untuk memohon keampunan. Sayangnya, saat itu ayahnya sudah pergi buat selama-lamanya.

Pelakon: Norman Hakim, Ainul Aishah, Puteri Balqis, Watie Elite, Kazim Nor, Balkisyh Semundur Khan, Ustaz Dini, Zulkifli Ismail, Albaniah. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014   
 

Monday, 16 June 2014

Beruk Tok Ayah - Cerekarama (2014)


Saksikan telemovie khas sempena Hari Bapa bertajuk Beruk Tok Ayah yang disiarkan melalui slot Cerekarama di TV3. Drama terbitan Macheallstar United dibawah arahan Shuhaimi Lua. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah  Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Azhan Rani, Syafie Naswip, Intan Ladyana, Keena Mentor dan ramai lagi.

Mengisahkan Tok Ayah (Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai anak bernama Hisham (Zamarul Hisham) sudah berkahwin dengan Junaidah (Intan Ladyana) yang leka berjudi laga ayam. Dia cukup benci kepada Comel yang dianggapnya sebagai sial dan menjadi punca kematian ibunya serta punca Tok Ayah enggan menjual tanah pusaka.
Selain mengambil upah memetik kelapa Tok Ayah juga mengajar Dikir Barat dalam masa yang sama dimusuhi Jusoh (Azhan Rani) seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden. Jusoh juga memusuhi Hisyam yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya.
Namun Tok Ayah gembira apabila hidupnya dijaga baik oleh anak angkatnya Syukor (Syafie Naswip) dan kekasihnya Lia (Keena Mentor). Keadaan menjadi lebih teruk apabila Comel dibunuh. Siapa yang membunuhnya? 

Tonton kesudahan telefilem Beruk Tok Ayah online.

Credit to infotaip, pencuri movie
 

Thursday, 12 June 2014

Fajar Aiman - Azalea (2014)


Mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.

Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.


Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.


Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.


Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.


Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka? 

 
Drama Fajar Aiman adalah terbitan Suhan Movies, hasil nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie) dan ramai lagi.


Asfan Shah - Alasan Untuk Bahagia OST
Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online 
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 (Akhir) Online

Credit to Cerita Semasa, Kepala Bergetar 
  

Sunday, 8 June 2014

Pulanglah Abah - Cerekarama (2014)

Pulanglah Abah - 07/06/2014 

Sempena Hari Bapa semakin hampir, Cerekarama TV3 menyiarkan sebuah drama penuh pengajaran, Pulanglah Abah semalam (07/06/2014). Lakonan Hafizzudin, Normah Damanhuri, Elly Mazlein, Kamal Adli, Eira Syazira, Zafril, Razali A. Ghani, Jamiah Hashim, Halinah Md Isa, Zulkarnain Ariffin, A. Wahab Ismail. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014