Pages

Friday 18 July 2014

Menantu Sepuluh Ribu - Azalea (2014)


Drama romantik komedi Menantu Sepuluh Ribu ini mengisahkan tentang kehidupan Ikhwan (Fizz Fairuz) yang sentiasa komited dalam menguruskan empayar perniagaan milik keluarganya sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup. 

Meskipun begitu, Ikhwan menjadi dambaan ramai wanita kerana rupa parasnya yang kacak dan kekayaan yang dimilikinya. Mona (Salwa Md Razak) merupakan salah seorang wanita yang tidak pernah berputus asa untuk mendampingi Ikhwan. Mona yakin dia akan menjadi isteri Ikhwan kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan kakak ipar Ikhwan, (Azah Suaymi). 

Sementara itu, Ikhwan berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaan keluarganya dengan membeli tanah di sebuah kampung untuk membuka kilang. Selepas mendapat sokongan dari ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), Ikhwan segera bergerak ke kampung bekas pemandu ayahnya untuk membeli tanah disitu. 

Kehadiran Ikhwan di kampung itu telah disambut baik oleh Haji Yaakob, bekas pemandu ayahnya. Kemudian, Haji Yaakob (Zack Taipan) membawa Ikhwan bertemu Alang (Zulkifli Mohd Salleh) yang sememangnya memiliki sebidang tanah. Sesampainya di rumah Alang, pandangan Ikhwan tertumpu pada Umairah (Reen Rahim) yang merupakan salah seorang anak dara Alang. Ikhwan terpegun melihat kerajinan Umairah serta sikap pembersih gadis itu. 

Hajat Ikhwan untuk membeli tanah di kampung itu terlaksana juga apabila Alang bersetuju untuk menjual tanah kepada Ikhwan. Ikhwan membuat keputusan untuk berada di kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Dia juga mula berkawan dengan Umairah. Gadis itu juga sering membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. 

Ikhwan senang berkawan dengan Umairah. Apabila Ikhwan jatuh sakit, Umairah kerap menziarahinya di rumah Haji Yaakob sehingga sembuh. Ikhwan berasa terhutang budi pada Umairah kerana mengambil berat tentang dirinya. Dari saat itu, mula lahir bibit cinta di antara Umairah dan Ikhwan. Mona mula mencurigai Ikhwan kerana jarang berada di bandar. Lalu, Mona pergi mencari Ikhwan yang berada di kampung. Mona terus marah apabila ternampak kemesraan di antara Ikhwan dan Umairah. Mona mula merancang pelbagai cara untuk menjauhkan mereka berdua. 

Sementara itu, Ikhwan meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Umairah. Keluarga Ikhwan terkejut apabila mendapat tahu Ikhwan sudah mempunyai calonnya sendiri. Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Adakah hasrat Ikhwan untuk menikmati kebahagian bersama Umairah akan tercapai? Berjayakan Datuk Musa mendapat menantu pilihannya? Apakah rancangan Mona untuk merosakkan hubungan Ikhwan dan Umairah?

Drama bersiri 20 episod mengisi Slot Azalea TV3 adalah terbitan A.Aida Production diarahkan oleh Lizam Tugil (Ujang) nukilan skrip Rosmadewi Md Zain. Antara barisan pelakonnya seperti Fizz Fairuz, Reen Rahim, Annie Ariffin, Ewan Mohammad, Aida Khalida, Azah Suaymi, Cat Farish, Aishah Atan, Salwa Md Razak, dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan kesudahan drama Menantu Sepuluh Ribu.

Tonton Episod 01 Online 
Tonton Episod 02 Online 
Tonton Episod 03 Online 
Tonton Episod 04 Online 
Tonton Episod 05 Online 
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online

TAMAT

Credit to infotaip, Kepala Bergetar, Blog Hiburan Semasa

No comments:

Post a Comment