Pages

Sunday, 7 September 2014

P.I - Cerekarama (2014)



Kematian Datuk Ruzaini dan Datin Mariam telah membongkarkan muslihat adik Datuk Ruzaini iaitu Razman yang mahu menjadi pewaris harta. Mampukah Sam, penyiasat persendirian menyelesaikannya? Sam seorang penyiasat persendirian yang bijak. Sam sangat cekap dalam menyelesaikan kes yang diberikan kepadanya dan sering membantu pihak polis. Dia juga rapat dengan Inspektor Azlan kerana sering menyelesaikan masalah jenayah bersama-sama. 

Lakonan Beto Kusyairy, Anas Ridzuan, Josiah Hogan, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Tuesday, 2 September 2014

Selempang Kuning - Maya HD (2014)


Salleh, Osman dan Bahar adalah guru yang belajar silat dengan Tuan Guru Abdullah. Sebagai murid pertama yang paling hebat, Salleh dikurniakan selempang kuning yang menjadi simbolik kumpulan silat mereka. Selepas Tuan Guru Abdullah meninggal, Salleh menggantikan tempatnya. Bagaimanapun, dia menyimpan hasrat untuk keluar dari kampungnya dan memajukan hidupnya.

Pelakon : Johan Asari, Zahiril Adzim, Syukri Yahya, Wak D, Mia Ahmad, Ezzaty Abdullah, Halimah Naim, Rahim Razali.

Credit to Layan Tv
 

Monday, 1 September 2014

Bingkai Kaca - TV9 (2014)


Bingkai Kaca mengisahkan Rosnah, seorang jururawat bersara yang tinggal bersendirian di England kerana pernah berkahwin dengan seorang pegawai Inggeris. Sebelum menemui suaminya sebelum ini, dia pernah memiliki tunang bernama Razali yang bertugas di kem tentera sebelum dikhabarkan meninggal dunia. Rosnah masih menyimpan foto Razali sebagai tanda kenangan hingga ke hari ini. Rosnah yang terkenang saat manisnya kembali ke tanahair dan terkejut melihat yang sebenarnya Razali masih hidup dan telah mengahwini sepupunya sendiri.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Beca Ayah - TV9 (2014)


Beca Ayah membawakan kisah Pak Ndak dengan beca tercintanya. Anaknya, Rahim merupakan pengurus berjaya bakal memahami betapa beca itu bermakna buat ayahnya. Beca itu yang menyebabkan hubungan erat diantara keluarga mereka dan jiran-jiran, malah beca itu juga menyebabkan dia lebih menghargai isteri dan anaknya. Malah Rahim juga mula mendalami ayahnya dan mula menyedari erti sebenar kemerdekaan. Beca Ayah dibintangi Kaza Saisi, Aidil Aziz, Nur Risteena Munim dan Rykarl Iskandar.

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Nasi Air - TV3 (2014)


Nasi Air menceritakan kisah seorang ayah yang menaruhkan segala yang dimilikinya dalam usaha mencari anak-anaknya yang lama terpisah sejak 27 tahun lalu hanya kerana mengejar impiannya. Menampilkan Zahiril Adzim, Tasha Shilla, Syazwan Zulkifly dan Faizal Hussein.
 
Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Rindu Awak 200% - Akasia (2014)

Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti  Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan kesudahan drama bersiri Rindu Awak 200%.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online
Tonton Episod 23 Online
Tonton Episod 24 Online
Tonton Episod 25 Online
Tonton Episod 26 Online
Tonton Episod 27 Online
Tonton Episod 28 Online

TAMAT

Credit to infotaip, Blog Hiburan Semasa

5 Waktu - Maya HD (2014)


Sebuah kisah penyesalan seorang bapa terhadap sejarah hidup dan keluarganya yang akhirnya mengundang penderitaan sepanjang hayatnya

Pelakon : Jalil Hamid, Zarina Zainudin, Aedy Asyraf, Sharifah Sakinah, Alif Hadi, Katie Syahrir, Natasha.

Credit to Layan Tv