Pages

Sunday 26 October 2014

Mr. Istikharah - Cerekarama (2014)


Mengisahkan mengenai Ustaz Kamal Shah yang menjadi idaman kepada gadis yang merupakan rakan karib, Mastura dan Aisyah. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka berdua untuk menarik perhatian ustaz itu. Saksikan telemovie khas sempena sambutan Maal Hijrah yang menampilkan pelakon seperti Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Amyra Rosli, Ashraf Muslim dan Fikhree Bakar. 

Credit to infotaip, Mahutolis Magazine

Super Spontan 2014 - Mustika HD (2014)


Super Spontan 2014 menampilkan 14 orang selebriti dalam 2 kumpulan, Mawas Berduri (Yus, Rahim, Jihan, Fad, Didie Alias, Johan dan Syuk) dan Biawak Laser (Shuib, Tauke, Shahrol, Michael Ang, Achey, Sakina dan Abam) berentap untuk memenangi RM 100000. Bersama Pengulas Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie dan Amir.

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online

TAMAT

Credit to Layan Tv

Wednesday 22 October 2014

Semontel Cinta Kita - TV9 (2014)


Kehidupan Zulia menjadi kalut apabila suaminya Osman berubah penampilan, berdiet dan sentiasa wangi. Zulia cemas apatah lagi bila teman baiknya, Marlia bercerita mengenai ragam lelaki yang semakin laku dan diminati wanita apabila usia menjejak 40 tahun. Zulia tekad untuk mengamalkan diet ketat kerana risau suaminya ingin beristeri muda, hingga merubah sikapnya menjadi seorang isteri yang pemarah dan pemalas. 

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Syanie, Dottie, Muniff, Sari Yanti, Amyza Adnan, Mursyed Anak Wayang dan ramai lagi.

Credit to Blog Hiburan Semasa

Tuesday 21 October 2014

Misiku Kuza 2 - Maya HD (2014)

Misiku Kuza

Mengisahkan suka duka kehidupan pelatih jururawat di sebuah kolej jururawat di ibu negara. Khuzaimah atau dengan nama panggilannya Kuza seorang gadis yang begitu meminati bidang kejururawatan. Sedari kecil dia bercita-cita menjadi seorang jururawat yang disegani. Azam Kuza waktu itu ialah mahu mengangkat martabat jururawat sebagai satu profesyen yang paling disegani. Pelbagai kerenah masyarakat terutamanya yang perlu dihadapi daripada kalangan pelatih pelatih yang lain.
 
Misiku Kuza 2 masih menampilkan Erin Malek, Arja Lee, Hairul Azreen, Zulina Aziz dan Sherry Abdullah. 

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online

TAMAT

Credit to Blog Hiburan Semasa
 

Monday 20 October 2014

Oh My English! Musim 3 - Maya HD (2014)


Para peminat siri ini pastinya teruja tatkala SMK Ayer Dalam akan menerima barisan pelajar, guru dan seorang pegawai keselamatan yang baru. OME! Musim Ketiga akan menampilkan barisan bakat baru dan juga veteran yang sangat berpengalaman dalam industri hiburan. 

Pelakon terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy akan bergandingan dengan seorang pelakon yang melonjakkan namanya menerusi lakonan mantap dalam drama ‘Adam & Hawa’ iaitu Nadiya Nisaa.

Seorang pelakon jelita tanah air yang berjaya mencipta nama menerusi lakonan beliau dalam beberapa siri drama Filipina iaitu Carmen Soo juga akan turut serta di dalam siri ini bersama pelakon komedi yang hebat iaitu Rahim Sepahtu.

OME! Musim Ketiga juga akan memperkenalkan bakat-bakat baru yang semakin meningkat naik antaranya Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Juzzthin dan juga Sherry Alhadad yang pastinya akan menyuntik kemeriahan dengan telatah dan gelagat mereka di samping mengetengahkan elemen pendidikan dan juga pengajaran nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada rancangan ini.

Selain daripada barisan pelakon utama yang sedia ada, terdapat ramai selebriti popular tanah air yang akan turut membuat penampilan khas sepanjang musim baru ini antaranya Faizal Hussein, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare yang pastinya akan menggamatkan lagi suasana. Pastikan anda terus menonton kesemua 20 episod untuk musim ketiga ini bagi mengetahui watak yang akan dibawa oleh barisan pelakon baru dan penampilan khas ini.

Antara barisan pelakon yang membintangi OME! musim ketiga adalah Akhmal Nazri, Roax Tan, Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Rahim Sepahtu, Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nisaa, Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Juzzthin

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online
Tonton Episod 23 Online

TAMAT

Credit to Layan Tv

Saturday 18 October 2014

Anugerah Planet Muzik 2014 - Maya HD (2014)


Anugerah Planet Muzik 2014 (APM 2014) yang memberi pengkitirafan kepada bakat-bakat dalam industri muzik Melayu serantau (Malaysia, Singapura, Indonesia) diadakan di Suntec Singapura pada 17 Oktober.

Credit to Layan Tv
 

Wednesday 15 October 2014

Asparagus - TV1 (2014)


Telemovie Asparagus mengisahkan 3 orang wanita yang ingin bersuamikan orang muda sedangkan usianya sudah lanjut. Mereka merupakan sahabat dalam suatu perniagaan kecantikan. Pelbagai cara dilakukan untuk memenuhi hasrat masing-masing dan menunjukkan siapakah antara mereka yang hebat. Lakonan Jasmin Hamid, Amyza Adnan, Zila Bakarin dan Fattah Amin.

Credit to Layan Tv