Pages

Monday, 16 June 2014

Beruk Tok Ayah - Cerekarama (2014)


Saksikan telemovie khas sempena Hari Bapa bertajuk Beruk Tok Ayah yang disiarkan melalui slot Cerekarama di TV3. Drama terbitan Macheallstar United dibawah arahan Shuhaimi Lua. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah  Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Azhan Rani, Syafie Naswip, Intan Ladyana, Keena Mentor dan ramai lagi.

Mengisahkan Tok Ayah (Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai anak bernama Hisham (Zamarul Hisham) sudah berkahwin dengan Junaidah (Intan Ladyana) yang leka berjudi laga ayam. Dia cukup benci kepada Comel yang dianggapnya sebagai sial dan menjadi punca kematian ibunya serta punca Tok Ayah enggan menjual tanah pusaka.
Selain mengambil upah memetik kelapa Tok Ayah juga mengajar Dikir Barat dalam masa yang sama dimusuhi Jusoh (Azhan Rani) seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden. Jusoh juga memusuhi Hisyam yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya.
Namun Tok Ayah gembira apabila hidupnya dijaga baik oleh anak angkatnya Syukor (Syafie Naswip) dan kekasihnya Lia (Keena Mentor). Keadaan menjadi lebih teruk apabila Comel dibunuh. Siapa yang membunuhnya? 

Tonton kesudahan telefilem Beruk Tok Ayah online.

Credit to infotaip, pencuri movie
 

Thursday, 12 June 2014

Fajar Aiman - Azalea (2014)


Mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.

Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.


Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.


Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.


Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.


Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka? 

 
Drama Fajar Aiman adalah terbitan Suhan Movies, hasil nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie) dan ramai lagi.


Asfan Shah - Alasan Untuk Bahagia OST
Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online 
Tonton Episod 15 Online
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 (Akhir) Online

Credit to Cerita Semasa, Kepala Bergetar 
  

Sunday, 8 June 2014

Pulanglah Abah - Cerekarama (2014)

Pulanglah Abah - 07/06/2014 

Sempena Hari Bapa semakin hampir, Cerekarama TV3 menyiarkan sebuah drama penuh pengajaran, Pulanglah Abah semalam (07/06/2014). Lakonan Hafizzudin, Normah Damanhuri, Elly Mazlein, Kamal Adli, Eira Syazira, Zafril, Razali A. Ghani, Jamiah Hashim, Halinah Md Isa, Zulkarnain Ariffin, A. Wahab Ismail. 

Credit to Tonton Drama Melayu 2014 

Ya Habibi - Citra (2014)


Telefilem Ya Habibi mengisi Slot Citra di TV2 membawakan jalan cerita bila mana seorang pemuda cuba lari daripada kongkongan dua orang kakaknya. Telefilem ini menampilkan lakonan berkesan Izzue Islam dengan dibantu oleh Adrea Abdullah, Syatilla Melvin, Syuk Balas, Erin Malek dan Zarina Zainuddin.
 
Telefilem ini mengisahkan kehidupan Habib jejaka kacak dan kelihatan sempurna di mata si gadis namun hakikatnya dibelenggu dengan masalah dua orang kakak yang begitu mengongkong dan mengawal rapi kehidupannya sejak dari kecil iaitu setelah kematian kedua orang tuanya. 
 
Kakak-kakak Habib iaitu Farisya dan Fiona. Farisya merupakan seorang yang garang dan tegas sesuai dengan jawatan sebagai eksekutif syarikat. Fiona pula tak ada apa-apa kemahiran selain suka menjadi batu api dan penyampai mohor-mohor besar (reporter). Dia juga berperwatakan tomboy.
 
Memandangkan Habib adik tunggal lelaki mereka yang bongsu ditambah lagi dengan amanat orang tua agar menjaga Habib dengan baik, maka Habib telah dikawal rapi oleh mereka sehinggalah dia meningkat dewasa. Malah Farisya juga sehingga kini tidak berkahwin kerana tanggungjawab terhadap adik-beradiknya amat besar. 
 
Semenjak di bangku sekolah lagi, ramai pelajar yang tergila-gila dan cuba memikat Habib dan pasti mereka akan diberikan habuan kerana dianggap mengganggu adiknya biarpun mereka sekadar memberi senyuman. Habib benar-benar dijaga mengalahkan anak gadis. Lantaran itu, dia sering diejek oleh pelajar di sekolah dan semua cintanya tidak menjadi gara-gara gangguan kakak-kakaknya. Kepada Ucop, kawan baik Habib lah yang menjadi pendengar setia masalah Habib selama ini. 
 
Selepas tamat SPM, Habib telah ditempatkan belajar di sebuah kolej swasta namun masih lagi di bawah pengawasan Fiona yang menuntut di kolej yang sama bersama-sama dengan Ucop. Setiap hari Habib akan pergi dan balik bersama Ucop dan Fiona. Masa Habib hanya terhad di kelas dan masa riadahnya bersama kawan-kawan turut disertai Fiona. Ucop diberi arahan supaya memantau Habib. Pada awalnya Habib seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut malah dia bersyukur kerana sentiasa berasa selamat di bawah jagaan kakaknya namun berlaku sebaliknya sejak kehadiran Cinta pelajar baru di kolej tersebut. 
 
Cinta membuatkan Habib ingin mendekatinya biarpun dia mengetahui risiko yang bakal diterimanya. Namun kali ini, Habib nekad apabila dia mendapat tahu Ucop juga mahu merapati Cinta. Habib sanggup lakukan apa saja demi Cinta dan usahanya tidak sia-sia. Cinta juga jatuh hati pada Habib yang baginya merupakan seorang lelaki yang sangat memahami jiwa wanita. Hubungan mereka semakin erat apabila Cinta tinggal bersama emak saudaranya, Kak Eton yang merupakan jiran sebelah rumah Habib. Kerap kali mereka balik dari kolej bersama. 
 
Habib dan Cinta mula keluar bersama, makan bersama di kolej, balik rumah bersama walaupun sekerat jalan saja kerana takut diketahui oleh kakak-kakaknya. Namun segalanya tidak bertahan lama apabila Fiona mula menghidu perhubungan mereka dan menghalang hubungan mereka. Namun Habib tetap keluar bersama Cinta dalam diam-diam dan sering ‘menipu’ kakak-kakaknya. Walau apapun Farisya dan Fiona tetap menghalang dan memarahi Cinta agar tidak bersama dengan Habib.
 
Dalam pada itu, Habib dan Ucop berusaha mencari teman kepada kakak-kakaknya. Pelbagai cara digunakan walau pada awalnya nampak amat mustahil kerana Habib kenal sangat dengan perangai kakak-kakaknya. Kak Eton pun turut berusaha mencari jodoh untuk Farisya. 
 
Habib yang dikatakan merajuk, lari dari rumah kerana dihalang percintaan dengan Cinta akhirnya pulang ke rumah dengan karakter yang agak ‘lembut’ dan meyakinkan kakak-kakaknya agar tidak perlu risau lagi kerana dia sudah tidak berminat untuk bercinta dengan perempuan. Kelam kabut kakak-kakaknya melihat perubahan mendadak Habib. Habib sebenarnya buat-buat ‘lembut’ bagi menyedarkan kakak-kakaknya.
 
Akhirnya kakak-kakaknya sedar dan kedua-duanya berkahwin dengan lelaki-lelaki yang ‘dicari’ oleh Habib dan Kak Eton. Cinta dan Habib juga kembali ‘bercinta’.

Tonton kesudahan telefilem Ya Habibi secara online.

Credit to Media Hiburan, Tonton Drama Melayu 2014

Separuh Jiwaku - Ratu (2014)


Drama bersiri Separuh Jiwaku mengisi Slot Ratu TV9, dilakonkan oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid Liza Abdullah dan Nadia Aqilah

Ia, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hanna Dalila lakonan Elfira Loy yang mengusahakan sebuah kedai dobi sebagai sumber pendapatannya. Dia merupakan anak yatim piatu dan dipelihara oleh emak saudaranya Mak Iti (Liza Abdullah) semenjak kecil. Sementara itu, Emir Izlan (Aedy Ashraf) yang merupakan seorang pemuda kampung bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Darwish (Hafizuddin Fadzil) dan Datin Sofinah (Jasmin Hamid).

Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Datuk Darwish. Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna. 

Bagaimanapun, Datuk Darwish yang merupakan pelanggan tetap kedai dobi turut meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan Hanna. Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan lelaki itu. Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Datuk Darwish kerana merampas wanita yang dicintainya.

Ikuti perjalanan kisah penuh konflik Separuh Jiwaku ini yang ke udara setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam di TV9.

Tonton Episod 01 Online 
Tonton Episod 02 Online 
Tonton Episod 03 Online 
Tonton Episod 04 Online 
Tonton Episod 05 Online 
Tonton Episod 06 Online 
Tonton Episod 07 Online 
Tonton Episod 08 Online 
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online 
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online

Credit to Kepala Bergetar
  

Tuesday, 3 June 2014

Hanya Di Atas Kertas - Cerekarama (2014)


Sebuah telefilem yang memaparkan kehidupan alam rumah tangga bermadu. Suami yang tidak adil. Isteri muda yang mahukan perhatian lebih dan memonopoli keadaan, juga anak-anak yang terabai. Lakonan mantap Keith Foo, Izreen Azminda, Nabila Huda, Liza Abdullah, Haeriyanto, Jonathan Putra, Mardiana Alwi, Ieka Zulkifli, Muntazar Ghani, Adriana. Arahan dari pengarah hebat, Raja Ahmad Alauddin. Cerekarama Hanya Di Atas Kertas ini telah ditayangkan di TV3 pada 31 Mei 2014. Selamat Menonton!


Monday, 2 June 2014

Muaddib Super - Astro Ria (2014)

Kisah Amin yang menjadi seorang Muaddib, justeru berhasrat untuk mengangkat martabat guru tadika di pandangan masyarakat. Lakonan Shuib Sepahtu dan Jihan Muse.



Credit to Pencuri Movie