Pages

Tuesday, 15 July 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan - Akasia (2014)


Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan adaptasi dari novel nukilan Umie Nadzimah ini mengisahkan seorang gadis bernama Indah Halina yang telah dianiaya oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim.

Indah yang dalam perjalanan pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa wang dan telefon bimbit di tangannya, Indah telah dibantu oleh Datuk Safiyah dan anaknya Tajul Razin. Setibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah telah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya, lalu dihalau keluar dari rumah tersebut.

Akhirnya, Indah mengambil keputusan untuk keluar dari kampungnya dan berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan semula Indah dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi dan dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah.

Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian. Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin. Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah.

Jangan lupa saksikan kesudahan drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan di slot Akasia TV3 yang dilakonkan oleh Izreen Azminda (Indah Halina), Amar Baharin (Tajul Razin), Syafiq Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asfar (Tajun Zahin), Dian P Ramlee (Dato Safiyah), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid).

Tonton Episod 01 Online
Tonton Episod 02 Online
Tonton Episod 03 Online
Tonton Episod 04 Online
Tonton Episod 05 Online
Tonton Episod 06 Online
Tonton Episod 07 Online
Tonton Episod 08 Online
Tonton Episod 09 Online
Tonton Episod 10 Online
Tonton Episod 11 Online
Tonton Episod 12 Online
Tonton Episod 13 Online
Tonton Episod 14 Online
Tonton Episod 15 Online 
Tonton Episod 16 Online
Tonton Episod 17 Online
Tonton Episod 18 Online
Tonton Episod 19 Online
Tonton Episod 20 Online
Tonton Episod 21 Online
Tonton Episod 22 Online
Tonton Episod 23 Online
Tonton Episod 24 Online
Tonton Episod 25 Online
Tonton Episod 26 Online
Tonton Episod 27 Online
Tonton Episod 28 Online

TAMAT
 
Credit to Cerita Semasa, Kepala Bergetar, Tonton Drama Melayu 2014, Blog Hiburan Semasa

Sunday, 13 July 2014

Kembali Ramadan - Cerekarama (2014)

 Kembali Ramadan - 12 Julai 2014

Mengisahkan Amran yang tidak bersetuju dengan cara bapa mertuanya mendidik anak dengan kemewahan tetapi dia tidak mampu menentangnya. Saksikan kisah yang banyak memberi pengajaran dalam bulan ramadhan ini. Lakonan Zamarul Hisham, Fouziah Gous dan ramai lagi.

Credit to Kepala Bergetar

Tuesday, 8 July 2014

Diari Dewi - Skrin Di 9 (2014)

Diari Dewi - 7 Julai 2014 

Saksikan Diari Dewi lakonan Zamarul Hisham, Hairul Azreen dan Nurul Eykasari (Indonesia).

Credit to Kepala Bergetar

Sunday, 6 July 2014

Samba Bola Kampung - Maya HD (2014)


Saksikan perjalanan Azam, Chopie and Malim yang pergi ke Kuala Lumpur secara berasingan untuk mencuba nasib di dalam ujibakat pasukan bolasepak. Adakah akan bertemu kejayaan atau kegagalan? Lakonan Hanis Zalikha, Kumpulan Bocey, Man Rajalawak. 

Credit to Layan Tv

Cikgu Bidan - Cerekarama (2014)

Cikgu Bidan - 5 Julai 2014

Saksikan telemovie Cikgu Bidan di slot Cerekarama TV3 lakonan Amyra Rosli, Aeril Zafrel, Fauzi Nawawi dan Erry Putra. Mengisahkan Cikgu Anis disukai ramai orang. Keadaan menjadi kecoh apabila rakan sekerjanya, Cikgu Roslan yang cemburu dengannya menyebarkan khabar angin bahawa dia menguruskan perniagaan bidan. 

Credit to Kepala Bergetar

Tuesday, 1 July 2014

Cupcake Mama - Maya HD (2014)


Mengisahkan kehidupan Adam dan Hanna bertambah bahagia selepas mereka dikurniakan anak. Adam tidak lagi berperangai buruk seperti dulu dan lebih banyak menghabiskan masa dirumah bersama anak dan isteri. Lakonan Nadiya Nisaa dan Tomok. 

Credit to Layan Tv

Papa Yibbie - Skrin Di 9 (2014)

Papa Yibbie - 30 Jun 2014 

Papa Yibbie mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang hidupnya bebas akhirnya menjadi penjaga kepada seorang bayi yang bukan daripada darah dagingnya sendiri. Menjadi bapa dalam sekelip mata bukan perkara yang dirancang dalam hidupnya, tetapi takdir telah mengubah segalanya. Beliau terpaksa menyembunyikan jagaan bayi itu daripada pengetahuan tunangnya dikhuatiri akan merenggangkan hubungan mereka. Apakah nasib bayi itu? Saksikan kisah Papa Yibbie lakonan Syarul Ridzwan, Nabila Dally, Mia Ahmad, Ayda Jebat, Fadzil Zahari, Dato Jalaludin Hassan, Dila Ahmad.

Credit to Kepala Bergetar